Monday, 27 May 2013

Kisah Seorang Tua menunggu Tun Mahathir.



Di satu peristiwa di mana orang ramai sedang menuggu ketibaan Tun Mahathir untuk satu upacara anjuran PERKASA di dewan Kg Datuk Keramat AU hampir setahun lalu, saya juga turut berdiri bersama bersama mereka yang lain menunggu saat ketibaan Tun.

Sambil menunggu saya sempat memerhati kan seorang tua yang turut setia bersama menunggu di luar pagar dewan itu.Apa yang menarik perhatian saya ia lah cara dia berpakaian , tidak tumpah seperti orang orang PAS dgn jubah dan serban belang putih dan hijau nya.

Dia juga seolah olah perasan saya memerhati kan nya.Entah macam mana dalam berpusu pusu dengan ramai nya orang yang datang bersama rombongan bas tiba tiba saya sudah berada berdiri sebelah nya di bawah sepohon pokok.

Lantas saya bertanya "Pak cik pun tunggu Tun ke?", jwp nya "ia lah nak ooi , sapa lagi " (pelat kedah). kemudian dia sambung cerita seolah olah tahu saya semacam musykil dgn perwatakn PAS nya itu dan terus dia berkata "pak cik ni umuq dah dekat 70 dah, dah undi dekat 5 ka 6 kali tak ingat.Pak cik ni mola dulu tak dak undi sapa dah , undi PAS saja, kambing pakai serban pun pak cik tak soai terus undi PAS." saya tergelak dan dia masih terus serius. Lalu saya bertanya "abih skang macam mana pak cik?"

Dengan cemek muka dia sambung " la ni dah 3 kali dah pak cik undi UMNO dah tak dak sapa lagi dah, kalau kambing jadi wakil umno pun pak cik pangkah umno jugak" saya pun gelak.
(skang tingal bersama anak di kl)
"kenapa bole tuka pak cik sbb org sokong PAS ni hati dia rendam dlm neraka 3 kali pun hancuk dia PAS jugak?" saya seloroh.

"Cam ni la nak, pak cik tak tau la apa PAS dah buat kat pak cik tp pakcik undi jugak sb depa kata PAS ni Islam,la ni kita orang kampung nak caya sapa lagi kalau bukan imam, toi dak?" kata nya lagi.

Saya angguk."satu hari di mekah, la ni duit sapa lagi kalau bukan duit anak pak cik, dia kerja baguih di Kl ni, pak cik kat mekah tengah berebut nak masuk (penulis kurang pasti masuk mana sbb bising) orang kulit hitam badan depa besaq besaq tolak pak cik sana sini dah la pak cik badan katun ja kecik, rasa nak mati pun ada, dalam rimaih tu , tiba tiba sorang askaq arab tu tunjuk kat pak cik , tp dia mcm tunjuk kat beg kecik yg pak cik sandang, pak cik pun tgk la kat beg pak cik , tak sedaq pasal bendera Malaysia, askaq tu jerit "mahathir mahathir" dan sorang askaq lagi tarik pak cik kasi laluan, pak cik pun lepaih, dan terus pi (saya tk pasti tk jelas tempat taubah ke hajrul aswad ke) lepas solat tu pak cik duduk mengadap kaabah tiba tiba lintaih dalam kepale pak cik  sebutan "mahathir mahathir" yang pak cik dengaq tadi sedang kan dia patut jerit "malaysia malaysia" .

Terus pak cik pikiaq 2 orang anak laki laki pak cik kerja di syarikat yang madiaq cipta, anak pak cik lagi sorang masuk universiti islam pun madiaq cipta , la ni pakcik duk sokong ntah sapa nama tak da apa apa buat kat pak cik pun, di tempat suci pak cik terbuka hati , la ni tuhan nak tunjuk kot sapa yg ada jasa sapa yg tak dak"

Seren polis pun berbunyi, ni sapa nama ni mahathiaq ni dah mai tau ka dia di dalam ribuan orang tungu ni ada sorang tua simpan kisah nya tersendiri tanpa si madiaq ni tau pun.

5 comments:

  1. salam

    kisah2 macam ni yang membuatkan nama tun harum seluruh dunia..sampai mekah pun nama dia d sebut...tak pernah kita tengok dia jadi imam wp dia sangat berkelayakan jadi imam...tak pernah kita tengok dia baca doa panjang2 wp dia khatam quran banyak kali masa kecik...tak pernah kita tengok dia gunakan agama untuk kepentingan politik tapi Allah angkat darjatnya boleh masuk dalam kaabah..maha zalim maha firaun semua macam2 gelaran ada atas dunia dapat kat tun...sezalim2 firaun, takde dapat mahafiraun..tapi tun dr mahathir dapat maha firaun...

    Allah maha mengetahui segalanya isi dan kulit..

    Budakteranung

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete