Monday, 13 May 2013

Nik Aziz : The Last Of The Mohican – Yang Tersohor Dan Terakhir.





Sebaik sahaja  Sir Alex Ferguson umum mengundur kan diri dari mengetuai Manchester United kita di kabar kan  bahawa Datuk Nik Aziz Nik Mat juga telah berbuat yang sedemikian.Sama ada mereka sama sama merancang atau takdir telah mengutuskan itu terserah kepada diri masing masing.

Sebagai apa Alex Ferguson akan di ingati ia terlalu terserlah untuk di cerita kan, terutama nya kepada peminat MU. Dan sebagai apa pula Nik Aziz akan di ingati itu ada lah satu perkara lain  untuk di perbincang kan.Ia nya terpulang kepada siapa yang bercakap dan memberi pendapat.

“Old soldier never die, they just fade away”, Tetapi Nik Aziz bukan lah seorang sodadu ,di sepanjang hayat nya dia pejuang sebuah parti Islam pada perkiraan diri nya sendiri dan pengikut nya yang mana sebahagian umat melayu lain pula tidak mengiktiraf  kan diri nya sedemikian.

Jika Mahathir ada meninggal kan legasi nya , Nik Aziz tentu juga ada legasi nya tersendiri.

Dunia politik tanahair bertambah warna nya dengan ujud nya individu seperti Nik Aziz.Dia memberi option kepada pemilihan.

Walau pun TC mendapat sedikit kabar tentang hal sebenar pengunduran diri Nik Aziz , namun rasa nya di kesempatan ini tidak perlu lah mencerita kan nya.

Sedikit sebanyak apabila istana menolak Husam Musa, ia ada kaitan juga dengan Nik Aziz.Apa tidak nya, apabila subur nya Husam di bawah naungan Nik Aziz.Nik Aziz ada lah Ulama merangkap Umarak.



“Pada diri Rasullulah itu ada tauladan yang baik” maka tempoh Nabi Muhamad melaksana kan tugas kerasulan selama 23 tahun sudah tentu boleh di jadi kan ukuran membuat sesuatu tugas. Apa tidak nya jika Mahathir enggan meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri melebihi 23 tahun, hatta dia mengundur kan diri ketika 22 tahun tempoh memerintah.Jika di paksa pun dia tidak akan mahu.

Di dalam sebuah kitab di cerita kan apabila Tuan Syed Sheikh Muhyiddin Abdul Qader Jailani tidak dapat menyampai kan dakwah agama Allah melebihi kawasan nya kerana tidak fasih berbahasa Arab kerana dia hanya berbahasa Parsi,  lalu di satu malam dia mendapat mimpi. Di dalam mimpi itu dia di datangi oleh Rasullulah,  dia melihat rasullulah meludahi ke dalam mulut nya sebanyak 11 kali, kemudian itu pula dia di datangi  Saidina Ali , yang meludahi ke dalam mulut nya 9 kali, lalu dia bertanya kepada Saidina Ali ,baginda telah meludahi ku sebanyak 11 kali dan tuan hanya 9 kali kenapa kah itu? Lalu Saidnina Ali menjawap “aku tidak akan melebihi Rasullulah”.

Maka harus lah menjadi kan Rasullulah sebagai teladan dan se elok nya pun tidak menerus kan tugas melebihi 22 tahun.Tidak kira lah sama ada  TGNA sebenar nya di undur kan mahu pun mengundur kan diri.

Kemana hala tuju PAS dan politik Kelantan jika selama ini terlalu lama berpaksi kan TGNA? TGNA terlalu lama di jawatan yang sama sehingga meninggal kan gap dan jurang yang amat jauh.

Akan sama kah landskap politik tanah air dengan ketiadaan Nik Aziz? Bagaimana pula bagi mereka yang pulang ke Kelantan beratus kilometer dari tempat mereka bekerja hanya untuk pulang mengundi PAS kerana faktor TGNA tetapi kemudian nya mendapati TGNA tiada lagi di tampuk?

Hanya di negeri Kelantan sahaja pengundi luar menjadi faktor dan memberi impak. Kerana jumlah pengundi luar nya yang terlalu ramai .

Ketika perayaan Hari Raya , jumlah bas yang pulang ke negeri Kelantan telah mengatasi jumlah bas dari  4 negeri lain yang di campur. Begitu lah ramai nya orang Kelantan yang berada di luar Kelantan.

Ada pula pendapat mengata kan jika Tun Mahathir mengujud kan ramai pembayar zakat melalui penciptaan kerja dan peluang kerja, Nik Aziz pula di kata kan mengujud kan ramai penerima zakat kerana tidak fasih nya di dalam bidang ekonomi dan juga kerana terhad nya kemampuan ekonomi negeri.

Sepanjang kareer politik TGNA telah banyak melukai hati orang Islam UMNO, tetapi jangan lah pula orang UMNO berdendam dan berasa hati kerana semua perkara memiliki hikmah nya.

Oleh sebab Nik Aziz telah di undur kan diri kerana uzur , maka jangan pula TGNA bersedih hati kerana banyak kebaikan bakal ujud dari kejadian ini.Ambil lah contoh dari Rasullulah, ketika sekian lama wahyu terhenti, rasllulah berada di dalam keadaan murung sehingga puak kafir mengejek ejek mengata kan Allah telah meminggir nya.Kemudian ayat turun dan Allah tidak pernah meminggir kan nabi .

Begitu juga dengan TGNA , jangan lah pula berkecil hati dengan tidak dapat menerus kan tugas menjaid MB atau pun kecil hati dengan kenyataan membidas diri nya di kala dia menjadi Mb mewakili parti PAS. Ini semua ada lah lumrah dunia.

Orang orang PAS pula usah lah mengidola kan TGNA ketika dia memilki kuasa sahaja lawati lah dia, dan hormati lah dia. Orang UMNO begitu juga, yang lepas itu lepas lah. Hidup bukan nya 1000 tahun.

Nik Aziz Nik Mat. Your name will not be soaked by rain or eaten by time. Sebagai yang terakhir seumpama nya, PAS tidak akan dapat lagi watak sebegini dalam 100 tahun.




 
Nik Aziz keturunan Raja Jembal  is the Last of The Mohican, dia lah yang tersohor dan yang terakhir  yang PAS pernah miliki.




2 comments:

  1. Tuan Syed Sheikh Muhyiddin Abdul Qader Jailani mimpi dia di datangi oleh Rasullulah? rasulullah meludah ke langit? mana tuan syeikh tu tahu org dlm mimpi nya itu ialah rasulullah? kenapa smpai mimpi rasulullah meludah pun nak dicerita kan? betul ke rasulullah meludah dlm mimpi tu? apa simboliknya meludah itu? (nik aziz dah dpt advantage dr cerita rasulullah meludah ni)..cerita2 sebegini boleh mengelirukan umat islam hanya kerana perlakuan meludah ini. kdg2 rasa pelik jugak dgn ulamak2 yg terdahulu ni. rasulullah meludah pun nak diceritakan.TC, keliru.sya keliru.

    ReplyDelete
  2. tu dia... haha.. kolot x faham maksud.. nape ko nk persoalkn meluda tu... (lalu dia bertanya kepada Saidina Ali ,baginda telah meludahi ku sebanyak 11 kali dan tuan hanya 9 kali kenapa kah itu? Lalu Saidnina Ali menjawap “aku tidak akan melebihi Rasullulah”.)

    ReplyDelete