Thursday, 30 May 2013

Teori RAHMAN - Revisited.

Artikel ini sememang nya di tulis oleh Saudara 4S bermaksud untuk Blog ini tetapi di siarkan dahulu di beberapa laman FB dan Blog lain terlebih dahulu.Teori RAHMAN ini ada lah kajian dari sudut lain setelah tertulis nya RAHMAN (The Untold story) pada blog ini pada bulan lepas ( sila rujuk )
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Pasti ramai yang sudah membaca tentang teori RAHMAN malahan ramai juga yang telah menulis dari  pelbagai perspektif. Persoalan pokoknya, sejauh manakah kebenaran disebalik teori ini. Dari pandangan umum, ada yang berkata ianya hanyalah suatu kebetulan atau mitos malah tiada asas dari sudut syarak. Akan tetapi, ada pula yang berpendapat ada makna yang tersirat disebalik teori ini. Hakikat inilah yang membawa kita ke persoalan yang seterusnya, apakah kaitan teori ini dengan pucuk pemerintahan dan masa depan negara.

Apa yang pasti, sesungguhnya, hanya Allah swt yang mengetahui akan rahsia alam Melayu ini dan segalanya itu milik Allah swt. Di artikel ini, dengan sedikit ilham yang dicetuskan dari Allah Yang Maha Esa, penulis ingin berkongsi sedikit pandangan melalui beberapa petanda yang terdapat di dalam surah Ar-Rahman.

Melalui pengamatan dari sudut ilmu matematika Islam, surah Ar-Rahman ini mengandungi beberapa kod rahsia dan sekiranya kita dapat memahami petanda dari kod ini, insyAllah ianya mungkin dapat merungkai rahsia disebalik teori RAHMAN ini.

Sebelum penulis menjurus terus kepada kod rahsia yang terdapat didalam teori RAHMAN tersebut, marilah kita imbas kembali apakah yang dikatakan teori RAHMAN itu dari sudut definasi.


    Huruf    Membawa Maksud Nama Pemimpin
1     R                              Rahman
2     A                           Abdul Razak
3     H                           Hussein Onn
4     M                             Mahathir
5     A                        Abdullah Badawi
6     N                                Najib


Samada kita sedari atau tidak, awal merdeka Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 itu membawa seribu makna. Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu selepas dijajah selama lebih kurang 446 tahun itu dimuliakan pula dengan pemimpin  yang meminjam-pakai salah satu daripada 99 nama Allah (Asmaul Husna) iaitu Ar-Rahman. Bumi ini ketika itu telah melahirkan 2 pemimpin besar negara yang bernaung dibawah nama RAHMAN. Pemimpin RAHMAN yang pertama menjadi  Yang di-Pertuan Agong Malaysia Pertama, iaitu Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad manakala pemimpin RAHMAN yang kedua pula adalah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Secara lumrahnya, sudah menjadi rasmi orang Islam, memberikan nama yang elok pada bayi yang baru lahir agar orangnya esok menjadi insan mukmin. Begitu jugalah dengan negara. Sesungguhnya Ar-Rahman itu membawa maksud Allah swt Yang Maha Pemurah mengurniakan banyak nikmat dan rezeki kepada semua makhluk tanpa mengira sama ada mereka mukmin atau kafir.

Persoalan seterusnya pula, apakah penggunaan nama RAHMAN ini ada membawa makna yang tersirat? Sekiranya benar, adakah ini merupakan suatu petanda dari Allah swt diatas rancangannya  keatas bumi Malaysia ini yang juga pernah suatu ketika dahulu dikenali sebagai Suvarnabhumi didalam Bahasa Sanskrit yang membawa erti Semenanjung Emas?  Disebaliknya pula, adakah ini hanyalah kebetulan atau mitos semata-mata?

Dengan lafaz Bismillah, RAHMAN itu adalah salah satu nama Allah swt yang sering kita amalkan didalam zikir Asmaul Husna. Dan sekiranya penilaian penulis ini betul, maka jawapan pada teori RAHMAN tersebut terletak dialam surah Ar-Rahman. Mari kita lihat surah yang ke-berapa Surah Ar-Rahman itu terletak didalam Al-Quran. Surah Ar-Rahman di dalam kitab suci Al-Quran itu jatuh pada Juz 55.
Melalui penggunaan ilmu matematika Islam, nama RAHMAN itu juga berjumlah 55 (jika dicampur kesemua huruf abjad tersebut mengikut turutan nombor) seiring dengan surah ke-55 Ar-Rahman. Inilah pecahan kod rahsia yang pertama.

Huruf           Turutan Nombor Dalam Sistem Abjad
   R                                         18
   A                                          1
   H                                          8
   M                                        13
   A                                          1
   N                                         14

Jumlah                                    55

Persoalan seterusnya, apakah khaitan nombor 55 dengan teori RAHMAN ini?
Sekiranya kita imbas kembali, selepas merdekanya Prsekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, pilihanraya yang diadakan selepas kemerdekaan diadakan pada tahun 1959. Ini merupakan tarikh penting didalam sejarah negara kerana pada pilihanraya inilah, Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mendapat mandat secara mutlak daripada rakyat untuk memerintah negara.

Maka, tahun 1959 inilah merupakan pecahan kod rahsia yang kedua didalam teori RAHMAN. Apa yang penulis cuba maksudkan disini adalah, sekiranya tahun 1959 (pecahan kod rahsia kedua) itu dicampur dengan jumlah nombor 55 (pecahan kod rahsia pertama) maka jumlahnya adalah 2014.
Jadi, persoalan seterusnya, apakah rahsia disebalik angka 2014 itu dan khaitannya dengan teori RAHMAN. Pada amatan penulis, angka 2014 ini menjurus kepada peristiwa besar yang akan berlaku pada tahun 2014. Apakah peristiwa tersebut? Oleh kerana isu ini terlalu berat untuk dirungkaikan didalam satu artikel, maka akan penulis huraikan dengan lebih lanjut didalam siri ke-2.

Nantikan  siri ke-2 yang akan kami siarkan dalam masa beberapa hari lagi bersama dengan  susulan artikel KEMANA HILANGNYA KERIS HIJAU UMNO – Siri 2. Mohon maaf sekiranya ada yang menunggu kerana hanya dengan izin Allah swt artikel ini mampu dikeluarkan.

Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah swt dan segala kesilapan itu datangnya dari diri penulis sendiri. Rakaman jutaan terimakasih pada sahabat penulis, SY kerana tanpa beliau, rahsia kod surah Ar-Rahman ini tidak akan mungkin terungkai.

Catatan oleh 4s.

4 comments:

  1. waa...cant wait utk artikel sterusnya..hopefully akan adalah..huhuhu

    ReplyDelete
  2. tggu dgn pnuh sabar ni..

    ReplyDelete
  3. memang mcm2 dah terjadi pun pada tahun ni (2014), yg paling besar adalah tragedi MH360 dan diikuti pula MH17... memang sngt besar kedua-dua tragedi ini namun begitu usah la kita percaya pada sebarang ramalan kerana ditakuti tpesong akidah kita.. manusia hanya berandai-andaian sahaja.. Kalau betul2 kene dengan andaiannya (ramalan), sesungguhnya itu satu kebetulan yang telah sedia tertulis di Lauh Mahfuz.. segalannya kita serahkan bulat-bulat pada Allah swt... cuma, saya sangat tidak bersetuju dengan istilah "ilmu matematika Islam", kenapa saya tak setuju tu harus lah anda fikirkan sendiri, hanya orang yang berfikir sahaja akan mendapat jawapannya.. dan pada saya kod2 surah al-Quran ni kadang-kadang terkena dengan sesuatu peristiwa itu, itu adalah satu bentuk mukjizat Al-Quran namun kita jangan berlebih-lebih.. cukup hanya dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman.. Wallahu'alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ralat : MH370, bukan MH360... maaf...

      Delete