Sunday, 9 June 2013

Dengan Ini Ingin Saya Mengumumkan Bahawa Timbalan Saya Adalah…


Hampir 40 hari lebih sudah berlalu dengan pemergian Perdana Menteri yang amat di sayangi ia itu Haji Abdul Razak Hussien, walaupun singkat sahaja pentadbiran beliau namun legasinya amat banyak dan besar.

Datuk Hussien Onn seolah-olah tertekan dan kemana-mana sahaja dia pergi tiada soalan lain melainkan pertanyaan “siapa timbalan awak?”, tetapi dengan personaliti yang 'cool' dan tidak mengelabah jawapan yang di beri kadang nya, hanya senyuman dan kadang kala dia akan menjawap sinis, “saya belum dapat ilham lagi”.

Tetapi orang seperti Datuk Hussien bukan calang-calang, malah dikatakan keputusan beliau muktamad dan tiada faktor lain boleh mengubahnya, Cuma dengan gaya dan cara peribadinya orang tidak dapat membaca siapa pilihannya.

Terkadang nama yang naik adalah Encik Ghafar Baba, di waktu lain pula Tan Sri Ghazali Shafie dan di waktu lainnya Tengku Razaliegh Hamzah. Mengikut heraki UMNO tentulah paling banyak undi pasti dipilih dari kalangan 3 Naib Presidennya dan kemudian baru dari kalangan Majlis Kerja Tertingginya.

Encik Ghafar Baba pula sudah membelanja kawan-kawannya dan sentiasa kelihatan ceria, adakah En Ghafar orangnya? Tapi ketika Datuk Hussien Onn mahu berangkat ke Jakarta, Tan Sri Ghazali Shafie pula yang diberi highlight, terpapar di dada akhbar gambar TS Ghazali Shafie begitu mesra mengiringi Datuk Hussein Onn semasa mahu naik kapal terbang. Tak syaklah kata rakyat, inilah orangnya.

Sebelum ke Jakarta Tunku Abdul Rahman ada berpesan, “Jika kamu tidak lantik sesiapa pun tidak apa, kerana perlembagaan tidak memerlukan kamu melantik Timbalan”. Ini pastinya melegakan tekanan kepada 'Tok Seng Ong' bak kata Sultan Kelantan.

Datuk Mahathir pula dikatakan bukan kegemaran Datuk Hussien Onn, dan memang tiada langsung agaknya dalam hati Datuk Hussien Onn untuk memilihnya. Di dalam negara sedang menunggu dengan berdebar siapakah bakal menjadi Timbalan kepada Datuk Hussien Onn. Nama tambahan turut bersaing, antaranya Tunku Ahmad Rithaudeen.

Malah ketika di Jakarta pun Datuk Hussien Onn menerima ramai pelobi untuk jawatan itu, pihak pihak tertentu memberi isyarat dan acahan calon kegemaran mereka, namun Datuk Hussien Onn tetap 'cool as cucumber'.

Pada malam 4 Mac, TS Ghazali Shafie dihujani panggilan talefon yang tak putus-putus menyatakan ucapan tahniah beliau di pilih. Tapi balasnya “Saya tak tahu pun, PM tak beri tahu saya pun”.

Sekitar 50 hari nama yang naik bergilir-gilir, kejap En Ghafar, kejap TS Ghazali, kejap Tengku Razaliegh dan kadang kala Ahmad Rithaudeen.

Kedutaan-kedutaan Asing juga sudah mula gusar, mereka juga ada orang kegemaran mereka. Pelbagai pihak menghantar wakil, Kaum Ibu, wanita, pihak itu dan ini, semuanya yang berjumpa Datuk Hussin sentiasa ada sahaja nama yang dianjurkan. 15 minit sebelum pengumuman dibuat nama Tan Sri Ghazali naik lagi, Ghafar Baba sudah merajuk dan tidak senyum lagi.

Ketika berdiri mengumum kan calon Timbalan Perdana Menteri, Datuk Hussien Onn memberi mukadimah, malah ketika berkata "Orang asyik tanya saya siapa timbalan saya, dengan ini…" beliau berhenti seketika dan meneguk air di rostrum, berdebar juga dibuatnya.

“Saya dengan ini mengisytiharkan Timbalan Perdana Menteri saya adalah Datuk Mahathir Mohammad”. Semua yang hadir senyap, tidak lama kemudian barulah ada tepukan. Orang tidak disangka  di lantik oleh Datuk Hussien Onn menjadi timbalannya, para menteri yang hadir ada yang menoleh sana dan sini dan ada yang berbisik sama sendiri.

Ya, Mahathir bukan kegemaran Datuk Hussien Onn, tapi Datuk Hussien Onn orang yang amanah, tahukah mereka apakah yang dibisik oleh Arwah Tun Razak ke telinga Datuk Hussien Onn? Mereka tidak tahu, dan akhir sekali tahukah mereka apa yang sudah di tulis di Luh Mahfuz? Tentu sekali tidak. Nama yang tidak dibibir orang ketika itu terus menjadi Perdana Menteri Malaysia sehingga 22 tahun, kerja siapa ini semua jika bukan kerja Allah?

3 comments:

  1. ..terimakasih kpd Tun Hussin Onn krn melantik Dr Mahathir sbg TPM ketika itu....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.... Allah telah memberikan kita yang terbaik.....

    ReplyDelete
  3. Ya terima kasih Arwah Tun Hussien... kami mendapat faedah dari perlantikan tersebut. Alhamdulillah...

    ReplyDelete