Saturday 15 June 2013

Nuh A.s – Kisah Dari Kitab (2)



Maka Nuh A.s menerima perintah Allah melalui malaikat Jibril dengan penuh kesungguhan , kita telah tahu bahawa Uj cicit nabi Adam telah meninggalkan sejumlah longgokan kayu yang banyak walau pun ketika merajuk dia mengambil sebahagian besar kayu yang di kutipnya sebagai tanda protes kepada janji Nuh A.s. Uj tidak melihat kepada kebenaran bahawa dia telah kenyang tetapi terhasut kepada bisikan Syaitan yang Nuh menipu nya.

Ketika Nuh mula mahu membina bahtera itu, Nuh dianggap sebagai orang gila kerana mana mungkin kawasan yang tandus dan jauh dari pesisir laut mahu pula dibina bahtera oleh Nuh.

Malaikat Jibril memberi panduan kepada Nuh cara dan rupa bentuk bahtera yang mesti Nuh bina, boleh di kata kan Jibril menjadi akitek kepada Nuh dan Nuh A.s sebagai carpenter sahaja.

Jibril mengarah kan Nuh A.s cara membina plank kayu untuk bahtera itu menguna kan 124,000 papan kayu.Setiap papan kayu di ukir (inscribe) 124,000 nama nabi yang pernah didatangi oleh Allah mulai dari tercipta nya bumi sehingga hari  kiamat.Pada papan kayu terakhir dicatit nama kekasih serta junjungan kita Muhamad Al Mustafa.

Pada 4 papan kayu tambahan di catit nama 4 Khalifa (rightly guided Khalifa) Saidina Abu Bakar, Umar Uthman dan Ali.Pada 2 lagi keping papan diletak diatas bumbung bahtera dengan dicatit nama Hassan dan Hussien.Dengan restu Allah nama nama ini sebagai panji kebenaran membawa berkat pada bahtera nuh A.s.

Daripada ini pelajaran yang kita dapati ada lah bahawasanya Allah akan melindung mereka yang didalam jiwa nya ada sifat kasih sayang dan menghormati mereka yang Allah sayang.

Pada kerja Nuh A.s ini dia mendapat cemuhan dan ejekan dari mereka yang memuja tuhan Zahaq. Bukan sahaja cemuhan dan ejekan malah mereka berpakat beramai ramai mulai hari ini tiada siapa harus membuang hajat dirumah mereka selain mesti membuang nya dibahtera Nuh A.s, sehingga begitu Nabi Allah ini di hina.
Nuh A.s sudah sampai keperingkat kecewa dan patah semangat namun Allah memberitahu supaya Nuh jangan berputus asa dan berjiwa resah kerana Allah mempunyai rencana nya sendiri kepada mereka yang engkar.

Maka penuh lah bahtera Nuh dengan najis dan bau hamis terhasil dari perbuatan mereka yang engkar itu.Bau nya sungguh tidak terperi dan bahtera di penuhi dengan ini semua apatidak nya bahtera Nuh A.s sudah dilakukan seperti tandas awam.
Manusia merencana Allah juga merencana.

Pada suatu hari kawasan dan kampong Nuh A.s di jangkiti wabak dan penyakit yang belum pernah dirasai oleh siapa siapa pun.Pada siapa yang di jangkiti penyakit pelik ini kulit nya mengelembong seolah lah ada nanah dan jika ia pecah maka bau busuk akan keluar.

Penyakit kulit ini merebak kepada seluruh kampong.Dan kepada sesiapa yang dijangkiti mereka akan kelihatan hodoh dan buruk.Oleh sebab jengkel nya wajah dan kulit mereka yang terkena penyakit ini maka mereka semua menyorok dan sembunyi diri malu untuk menunjuk kan wajah mereka.Mereka keluar hanya untuk membuang najis dibahtera nabi Nuh.

Pada satu hari seorang lelaki , agak nya akibat terlalu tidak tahan mahu membuang najis di bahtera nabi Nuh maka dalam gopoh nya dia tergelincir dan jatuh dalam bahtera nabi Nuh yang di penuhi najis itu.Amat jijik dan busuk diri nya, lelaki ini juga ada lah salah seorang yang dijangkiti penyakit misteri yang terkena pada seluruh kampong.Akibat jatuh nya tadi, dia terjerumus kedalam longgokan najis dan seperti tengelam di dalam nya.Begitu jengkel tetapi dapat juga akhir nya dia keluar dari licin dan busuk najis itu, Nah!!! Sebaik sahaja dia keluar dari longgokan najis dari bahtera Nuh, dia dapati penyakit kulit nya sudah hilang dan habis semua tanda tanda jijik dari badan nya.

Maka berlari lah dia kekampong dan menjerit “aku sudah pulih ,aku sudah pulih” lalu orang kampong bertanya bagaimana dan cara mana dia dipulih kan lelaki itu mencerita kan ubat dan pemulih nya ada lah dari najis di bahtera Nabi Nuh.Maka seluruh kampong pun berlumba masuk kedalam bahtera yang penuh najis untuk membersih kan diri dengan segala najis dan air kencing mereka sendiri.Jika bahtera sudah penuh mereka yang datang kemudian akan sekup dan sapu najis dari celahan kayu asal kan dapat sapu sudah cukup untuk menghilangkan penyakit pada kulit mereka.

Bukan kah ini kerja tuhan mu bernama Allah? Dari tempat membuang najis menjadi tempat mengubati penyakit.Bukan kah Nuh sedeh mengadu diri kepada Allah bahtera nya di najis kan dan di kencing kan lalu Allah berpesan usah berputus asa wahai Nabi Ku dan ini cara Allah menyelesaikan masalah kepada nabi nya.
Maka habis licin segala najis dalam bahtera nabi Nuh.

Pada pelajaran kali ini kami ingin berpesan bahawa doa seseorang hamba kepada khaliq nya ia itu Allah lebih kuat dari dentuman bom atom atau pun bom nuclear.
Sebaik sahaja kamu tadah tangan memohon doa, sebenar nya doa kamu sudah ditunai kan, Cuma ia nya tidak didalam bentuk yang kamu mahu kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kamu.Tambah lagi kamu tidak didalam kedudukan kasyaf yang tinggi untuk meleraikan apa maksud sesuatu yang berlaku kepada kamu.


To be cont…

No comments:

Post a Comment