Monday, 10 June 2013

"Saya Kawan Yang Setia"



Masih kah kalian ingat di satu masa ketika TS Sanusi Junid naik ke pentas di persidangan UMNO berbelas tahun dahulu?.

Antara kata Tan Sri Sanusi Junid ada lah  "Saya Lah Kawan Yang Setia".


Asal usul tersebut nya perkataan itu atas sebab TS Sanusi Junid menyoal betapa perangai dan sikap buruk perangai pemimpin UMNO.


Di ketika Tengku Razaliegh Hamzah mencabar Tun Mahathir untuk jawatan Presiden UMNO tersebar luas konon nya Tengku Razaliegh Hamzah akan menang dan Tun Mahathir akan "bungkus".


Oleh sebab tabiat dan perangai orang UMNO hanya mahu bertempek kepada yang konon nya akan menang maka mereka malu untuk kelihatan bersama Tun Mahathir. Amat sedikit sahaja orang orang yang menghampiri Tun Mahathir di ketika itu.


Pada saat saat hampir persidangan UMNO Tun Mahathir hampir di pinggirkan , amat kurang yang mahu menalipon nya atau  melawat dan bersama dengan nya.

Tetapi orang semacam TanSri Sanusi Junid bukan jenis orang yang macam itu.Dia bukan jenis "a dime a dozen" bukan jenis 5 sen dapat seguni Dia tetap setia pada kawan nya, tidak segan kelihatan bersama sama dan masih berkunjung berjumpa Tun Mahathir.Sikap Biar sama sama naik biar sama sama jatuh ada pada orang semacam TS Sanusi Junid ini.


Itu lah terpacul perkataan "saya ada lah kawan yang setia" ketika berucap di persidangan UMNO itu.
.
Kalian boleh dapat wang yang banyak jika rajin bekerja, tetapi kalian amat sukar untuk dapat kawan yang setia.


BTW kalian bagaimana? Ada kah tergolong dalam kategori kawan yang setia?


3 comments:

  1. Salaam, Tan Sri Sanusi adalah seorang kawan yg setia kepada Tun Mahathir. Susah nak cari manusia macam ni sekarang terutamanya dalam UMNO.

    ReplyDelete
  2. Zaman skang ni setia kt wang.bukan setia kawan

    ReplyDelete
  3. salam.

    juga seorang kawan yang mempunyai tabiat sama dengan tun...suka membaca buku..

    terima kasih tan sri untuk semuanya

    budakteranung

    ReplyDelete