Wednesday, 10 July 2013

Ini Ke Orang Yang Nak Ganti DS Najib? Asal Ada Agenda Melayu Ok Saje.


Sejak kebelakangan ini nama DS Zahid makin naik. Malah ketika dia bersoal jawap di parlimen menyanggah anak Karpal Singh, terlihat sikit ketokohan dan keberanian nya.

Sebelum ini beliau mengungkit hal hal EO dan undang undang yang banyak membantu pro penjenayah atau dasar pro-criminal.Di kata kan oleh beliau sebaik sahaja bebas dari undang undang EO ramai kepala gangster kembali kesarang mereka dan operasi semula sebagai penjenayah.

Dengan para hakim dan peguam yang ikut buku , memang lah tiada siapa kepala pengedar dadah yang pernah didapati bersama dadah, yang boleh di tangkap hanya kaldai atau pun balaci sahaja atau pun serbuan kesarang dadah sahaja.Kepala dadah mana pernah ada dadah ditangan atau dalam beg bersama mereka.

Maka dengan cara terhad dan harus bukti bersama dadah maka tentu sekali mereka akan bebas dengan alasan mereka tidak pernah bersama dadah.Boleh ke peguam yang hebat hebat bukti kan kepala pengedar yang ada jutaan ringgit dalam rumah ada lah pengedar?

Tetapi kaedah siasatan dan risikan Polis tentu lah tahu mereka lah yang mengarahkan pengedaran dan penguasaan kawasan.

Berbalik kepada calon Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO ini, memang lah dari segi karaktur dan watak sememang nya layak , malah perang Lahad Datu menaikan lagi imej nya.

Kerajaan yang tekenal lembik dan jaga hati ini tiba tiba ada lah sikit sinar suria dengan datang nya watak ini.

Namun bakat dan kebolehan nya terhad pula dengan sejarah nya bersama Anwar Ibrahim. Dan kes lama dan peribadi serta kategori “civil” pula sedang di ungkit oleh pihak tertentu untuk membantut kan cita cita nya.

Dari perhatian kami DS Zahid ini ada bakat dan ada watak tersendiri jika betul cara nya dia boleh pergi jauh.

Tetapi jika tiada agenda melayu atau segan nak sebut Melayu macam kekecewaan rakyat terhadap DS Najib maka tentu “back to square one” lah Nampak nya.

Memang rakyat semakin sayu dengan pentadbiran DS Najib yang kini di lihat seperti bukan lagi milik orang melayu tetapi milik penasihat dan kuncu.

Ada kah saranan tidak bertanding sebenar nya khuatir DS Najib akan bungkus tetapi di selaput dengan alasan akan ada perpecahan bila yang kalah tidak boleh menerima kekalahan?


Apa pun kita tunggu dan lihat, bagai mana pun pemberi undi kepada UMNO ia itu orang Melayu sudah mula gelisah dengan cara dan hala tuju kerajaan yang segan nak sebut “melayu” ini. 

1 comment:

  1. aku sebenarnya tak naklah agenda Melayu digunakan untuk mendapat sokogan orang Melayu. kalau benar genuine takper jugalah. tapi ada yang gunakan Melayu untuk dapatkan kuasa. lepas tuh back 2square one. Najib juga gunakan bapak dia yang kononya pejuang Melayu. apa dah jadi sekarang? tengoklah berapa ramai dah pemimpin Melayu yang bersuara supaya jawatan no wahid tuh tak dipertandingkan. semua itu nak hancurkan orang Melayu. lagi banyaklah sekolah Cina nanti dibina dan lagi banyaklah perlembagaan negara digubalkan untuk memberikan sokongan kepada kaum Cina. melihatkan kemiripan Najib kearah liberalisasi, berterusanlah kaum Cina mendesak. apa citer pulak dgn makmal satu parti BN?

    ReplyDelete