Monday, 8 July 2013

Satu Peristiwa Sebelum Manusia Ujud MenyebabKan Kita DiPerintahkan BerPuasa

Maka Allah pun mencipta Nafsu. Setelah mencipta nya Nafsu diarah pergi.

Pergi Kata Allah, tetapi Nafsu menjawap “aku tidak mahu pergi”.Kemudian Nafsu diperintah datang.Nafsu menjawap “aku tidak mahu datang”.

Kemudian Nafsu ditanya “siapa kamu?” Lalu Nafsu menjawap “siapa aku? Aku ada lah aku dan engkau ada lah engkau”.

Oleh sebab itu Nafsu diperintah supaya diseksa dengan seksaan yang berat selama 1000 tahun.

Kemudian Nafsu di pangil semula dan ditanya “siapa kah kamu?” lalu Nafsu menjawap “aku ada lah aku dan engkau ada lah engkau”. Lalu Nafsu dibawa pergi lagi oleh malaikat untuk  selama 1000 tahun lagi dengan seksaan yang lebih berat.

Kemudian Nafsu di bawa kembali dan ditanya lagi “siapa kamu?” lalu Nafsu bertanya kembali “siapa aku?, dan siapa engkau?” rupa nya riak nya bertambah lagi. Lalu Allah mengarah kan Nafsu kali ini di bawa ke lembah kelaparan selama 1000 tahun lagi.

Selepas tempoh ini Nafsu dipanggil semula dan di Tanya “siapa aku wahai Nafsu?” lalu Nafsu menjawap “Engkau Lah Allah yang tiada lain tuhan melainkan engkau”


Atas sebab itu di fardu kan kepada manusia untuk berpuasa selama sebulan supaya Nafsu nya dapat di tundukan.

(dari kitab Tradisi Tafsir Al Qadi)

No comments:

Post a Comment