Saturday, 24 August 2013

Kalimah ALLAH - Ulama Politik Tidak Kelihatan Saat DiPerlukan



"Anda boleh seret kuda sampai ke sungai, tetapi anda tidak boleh memaksa nya minum"

Tidak tahu lah sama ada pepatah Inggeris yang dimelayu kan ini sesuai untuk topik ini.

Tapi isu Kalimah Allah yang baru lepas fasa pertama nampak nya mempamer kan  baju sebenar para agamawan kita.

Baju apa mereka pakai  kektika cuaca elok dan baju apa pula mereka pakai ketika cuaca buruk.

Jawap nya sama sahaja, orang agama ceburi bidang politik, tetap berjiwa politik."fair weather friends"  kata orang putih, kawan pada cuaca elok sahaja.Kawan waktu senang.

Agama cuma mainan lidah, pakai jubah , berjanggut cuma modal luaran untuk memikat hati orang supaya hampir kepada mereka.

Ketika mahkamah membicarakan Kaimah Allah , sebenar nya bukan pihak Kristian yang sedang di hakimi tetapi pihak agamawan kita yang sebenar nya sedang di hakimi.

Tuhan memberi rezeki kepada umat Islam untuk yang mahu meneliti supaya meyaksikan gelagat mereka ini.Petunjuk tidak selalu nya terang, jika ia terlalu terang ia bukan petunjuk lagi.Dan petunjuk selalu berbentuk selindung kerana ia bermaksud untuk mereka yang meneliti dengan mendalam ahaja yang mendapati nya.

Apa yang sah, mereka mendiamkan diri, akibat terjerut dengan politik kepartian mereka segan mahu menonjol kan diri sebagai hero mahu menyelamat kan nama tuhan sendiri.Bah kan mereka juga boleh di kata kan sebegai pemberi laluan kepada hal ini.

Ketika nama Tuhan yang Ahad mahu di sekutukan dan di ruhulqudus kan mereka senyap dan meminggirkan diri degan pelbagai alasan lain.

Yang hadhir majoriti nya hanya lah marhaen biasa dan sedikti sahaja dari kalangan ini bergelar agamawan.Jika nama tuhan pun mereka tidak mahu ambil bahagian menyelamatkan , apa bahagian yang mereka ikhlas mahu juangkan?



Ketika seorang kapir perempuan memanggil untuk berhimpun melawan Uli Amri Islam maka keluar lah mereka berbondong bondong sehingga ada yang bertaraf Ulama yang sanggup membiayai supaya anak buah nya dapat menghadir kan diri.



Malah atas isu ciptaan pun mereka sanggup juga, seperti isu Blackout yang tidak ujud, di suruh duduk mereka duduk di suruh pakai baju hitam mereka pakai kalau baju kuning kuning lah dia, di suruh lawan Polis mereka lawan, begitu akur mereka kepada perempuan sekular beragama hindu mereka.

Namun ketika tuhan menguji mereka gagal. "jangan lah kamu kira kamu telah beriman sedang kami belum turun kan ujian sebenar benar ujian" begitu firman Allah.



Tapi mereka baru di uji dengan isu sebegini sudah gagal.Dan mereka juga lah yang mendabik dada mengaku lebih beriman dari orang lain.

Bila waktu aman mereka lah paling sebuk buat duit dan cari populariti, Politik dan Islam tidak boleh pisah kata nya, rupa nya ia alasan untuk menghalal kan mereka berpolitik.Memang Politik dan Islam tidak boleh pisah, tetapi bukan politik kepartian. Tambah lagi mereka berpolitik 90% Islam 10% sahaja.

Kini perbicaraan sudah keperingkat rayuan, kita saksikan permainan politik orang berbaju agama, kita tengok jauh mana mereka boleh pergi.



Kita tahu akibat terikat dengan parti lebih dari terikat dengan agama mereka enggan hadhir kerana khuatir sekutu akan marah dan jeling, mereka enggan tunjuk yang mereka menghalang dan jaguh pada halangan.

Kepuran puraan mereka boleh laku bagi yang cetek, yang taksub, tapi bagi yang mahu memerhati tentu sekali sudah lama tahu mereka cuma kawan diwaktu senang sahaja, bukan kawan tempat bergantung ketika cuaca buruk. Nama tuhan pun tidak selamat ditangan mereka.


1 comment:

  1. Baik sungguh teguran tuan !
    Moga kita semua diampuni atas kealpaan, kelalaian, kejahilan dan kelemahan kita menegakkan Islam dlm diri, keluarga, msykt dan negara, serta kelalain dan kelemahan kita menyampaikan dan mendakwahkan Islam kpd rakan rakan bukan Islam kita.
    Sungguh kedudukan, pengaruh dan kuasa serta harta benda, sebhgn dr dunia yg mengaburi dan membutakan hati. Na'uzubillah !

    ReplyDelete