Friday, 23 August 2013

Peluru Tembak Pak Lah Selalu Nya Terkena Khairy


Orang putih kata "ricochet" tapi  bunyi nya bukan rikocet, sebutan dan  bunyi tidak sama dengan ejaan.Macam perkataan "sillhoutte" bunyi nya bukan sil-hou-tae tapi bunyi "silowet".

Berbalik kepada perkataan ricochet tadi ia nya lantunan peluru dari sasaran sebenar.
Topik kita pun begitu.

Peluru yang di sasarkan  kepada Pak lah @ Tun lah selalu tidak tepat mengenai Pak Lah , sebalik nya ia selalu "ricochet" terkena Khairy.

Nampak macam tidak betul tetapi itu lah kebetulan nya.

Apabila mantan Perdana Menteri Tun Mahathir membidas kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Lah  baru baru ini tempias nya tentu sekali terkena kepada Khairy.

Apa tidak nya dizaman itu Khairy atau KJ di sebut para bloggers sebagai "de-facto" PM.
Orang orang UMNO sangat kenal dengan cara dan lenggok Pak Lah.Jadi apa bila keputusan kerajaan tertentu dilaksana kan mereka semua tahu ia bukan dari Pak Lah, malah tentu sekali dari hasutan atau pun telunjuk orang lain.Kerana apa? kerana tiada berbau UMNO lansung.



Banyak keputusan yang di buat oleh Pak Lah amat berlawanan dengan yang di buat oleh Tun Mahathir.Dan keputusan yang di buat oleh Tun Mahathir selalu nya ada kait mait dengan grass root.

Spat terbaru Tun Mahathir berkenaan konon nya jika rencana kerajaan terdahulu sebelum Pak Lah diterus kan negara akan pokai dan bankrap amat terang dan jelas.

Maksud Tun Mahathir yang selalu sinikal dan  bercakap berlawanan tentu sekali difahami mereka yang bijak pandai sahaja.

Ketika Tun Mahathir berkata "Ya memang saya menzalimi Anwar" dan"Saya lah Mahafiraun" ia di sambut dengan gelak ketawa oleh semua hadhirin kerana memahami Tun Mahathir memperli dan bercakap terbalek.

Tetapi ada pula badut yang bebal yang tiada lansung humor dalam diri akibat berhati gelap terus menyebar kan dengan kejahilan "nah Tun Mahathir sudah mengaku" sedang kan semua tahu dia berseloroh.

Sebaik sahaja buku "Awekening" Pak Lah muncul , maka minda orang yang "in the know" pun sudah tahu ia nya bukan lidah pak lah tetapi lidah pendendam yang tidak boleh menerima kenyataan.

Ia Pak Lah ada membuat kenyataan ketika temubual, tetapi ia di manipulasi oleh pihak "anti mahathir" dan juga "anti UMNO",

Mereka mahu menguna kan kenyataan itu untuk menyerang Tun Mahathir.

Maksud jawapan balas Tun M amat mudah.Wang yang banyak yang dikata kan membazir itu datang dari mana? Tentu sekali dari kerajaan yang bijak menguruskan wang.Berjimat tapi bebal mencipta wang pun tidak berguna.

Jika ada RM10.00 lalu berjimat cermat tanpa pengetahuan menambahkan nya, itu bukan bijaksana , itu satu kebebalan.Menambahkan RM10.00 menjadi RM100.00 itu lah bijaksana.

Diketika zaman Pak Lah jadi PM, Rafidah Aziz dihimpit oleh Tun Mahathir berkenaan isu AP.Sehingga waktu itu ada gelaran "King of AP" di berikan kepada seseorang.

Tujuan Tun M menyerang isu AP itu jika seseorang bijak membaca ada lah kerana TUN M tahu kisah disebalik nya.Apa yang Rafidah perlu sebut ada lah nama orang yang "mengarah" kan nya.Itu sahaja.Tetapi umum semua tahu Rafidah berdolak dalik kerana mahu menyelamatkan nama orang tertentu.



Tun M ada memperli dengan berkata "orang tu naik Helikopter sebab jalan asik jem sebab dia lulus kan banyak sangat AP kereta".

Persoalan nya amat mudah  , dalam jangka singkat pemerintahan Pak Lah wang yang banyak diterima dari Petronas tidak nampak hasil nya, kemana pergi nya.Wang jumlah itu lebih banyak dalam 5 tahun dari seluruh 22 tahun Tun M menjadi Perdana Menteri.

Tetapi hasil kerja Tun M dengan wang itu dinikmati semua orang, bila sambut hari raya misal nya semua orang pun lalu jalan highway itu.Tu baru satu belum lain lain lagi.

Persoalan mana pergi wang semua jika negara tidak bankrap kerana tidak meneruskan jambatan bengkok, double rel dan sebagai nya?

Koridor sana koridor sini ketika zaman Pak Lah tidak dirasai oleh rakyat.

Apa yang signifikan dan sinonim yang menjadi ingatan ketika zaman Pak lah ada lah kerajaan yang di kata kan sudah dikuasai oleh orang luar.

"Agenda orang ketiga" kata Tun Mahathir.

Kesilaapan terbesar Pak Lah tentu sekali mencari permusuhan dengan Tun Mahathir, kini sudah tidak berkesudahan.

Rakyat terasa pelik, kenapa Pak Lah bermusuh dengan orang yang melantik nya? atau Pak Lah sudah di hasut orang luar yang sememang nya tiada hormat pada mantan itu

Pak Lah pula terselamat kerana DS Najib tidak pilih jalan serupa , jika tidak tentu Pak lah pun tidak cukup tidur.

Kini tiap kali isu isu lama dizaman Pak lah terungkai maka secara tidak lansung menyusah kan Khairy yang kini mahu mempertahan kan jawatan Ketua Pemuda.Jawatan yang di menangi nya hanya dengan memikat hati perwakilan yang tidak membawa mandat grass-root yang memberi banyak undi kepada Mukriz dan Khir Toyo.

Ada Pro Khairy berkata "Move on" sahaja, tetapi amat malang, sedang saat mahu "move on" buku Pak Lah yang membantut kan usha "Move on" ini.

Ada orang kata KJ sudah berubah , bukan Kj dulu, tapi masalah nya ini bukan kisah baru, ini kisah lama yang datang menghantui.


1 comment:

  1. Say no to kj.umno patut dibersihkan dari pemimpin yg xde jiwa melayu n yg bkiblatkan kuasa asing

    ReplyDelete