Thursday, 25 September 2014

FELDA Bakal Muncul Sebagai “Economic Powerhouse”


FELDA perlu mengorak langkah menjadi sebuah kuasa besar ekonomi dalam usaha menjana keuntungan lebih besar kepada golongan peneroka - Datuk Seri Najib Razak.

Dengan kenyataan sebegini tentu sekali FELDA tiada pilihan selain dari menyahut cabaran yang diberi.

Tambah lagi dengan kedudukan kukuh FELDA dan struktur unik nya yang sekian lama di jana dari pengurusan berhemah semenjak awal.

Perdana Menteri menambah kata "Kita buka buku baharu, strategi baharu untuk jadikan FELDA satu komuniti yang hebat, kita letak FGV (FELDA Global Venture) kita senaraikan saham di pasaran, kita dapat raih sumber modal tambahan.

"Jadikan FELDA sebuah economic powerhouse atau sebuah badan ekonomi gagah perkasa, inilah intipati kita, ini strategi fasa kedua kita," katanya ketika berucap merasmikan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2014 di Stadium Jasin, Melaka. beberapa bulan lalu.



Ketika penulis duduk bersama Pengerusi nya Tan Sri Isa Samad, soalan yang diajukan kepada nya ada lah sama ada FELDA mampu membuka sebuah “BANK” sendiri? Lalu TS Isa menjawap itu semua dalam perhatian FELDA.

Beliau tambah lagi “jika tidak buka baru mungkin kita beli bank sedia ada, tengok lah macam mana” kata nya.

Apa yang menarik tentang FELDA ada lah ia sebuah projek yang dilakukan lama dulu oleh pemerintah kita yang terawal.

Dari mereka mereka yang menjadi peserta yang tidak memiliki setang cangkul pun sehingga lah berupaya memilki rumah dan tanah serta saham didalam FELDA.
Dalam ertikata lain  FELDA ada sebahagian dari dirti mereka sendiri dan maju mundur nya FELDA juga membabitkan mereka.



Dari asal tujuan asas mengambil hasil tanah dalam negara melalui penanaman dan hasil tanah , kini FELDA melalui investment arm nya FELDA Global Venture (FGV) sudah menjangkaui sehingga ke luar Negara.

FGV membuat kan pergantungan hasil FELDA dari apa yang ditanam dan di tuai kepada lain lain hasil seperti kilang gula dan juga pembangunan.

FGV kini sudah beroperasi di 12 buah Negara luar dan mempunyai hampir 200 anak syarikat yang membawa keuntungan hampir 1 billion pada tahun

Hasrat Perdana Menteri itu di dorong oleh semangat yang di mula kan oleh arwah ayah nya sendiri ia itu Allahyarham Tun Razak .

Apa yang paling membanggakan ada lah kesemua kejayaan ini ada lah hasil buah tangan kerajaan Malaysia yang di uruskan oleh anak melayu.



No comments:

Post a Comment