Thursday, 25 September 2014

SPAD Umum Improvement Laluan Go Kl Yang Baru.



Semenjak pelancaran perkhidmatan Go Kl dan sehingga kini sudah pasti banyak feed back yang sudah diperolehi oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berkenaan servis ini.

Kali terakhir ada penambahan dari segi improvement perkhidmatan bas Bandar Go-Kl ini ada lah pada 1 Mei 2014 lalu di mana penambahan 2 lagi route dipanggil Laluan Merah dan laluan Biru.

Kini atas initiative mahu menambahkan lagi kebagusan servis ini bermula pada 01 Oktober 2014, SPAD akan menambahbaikkan lagi laluan perkhidmatan bas bandar GO KL.

Tindakan ini pasti nya untuk penambahbaikan dimana ia membabitkan  perubahan lokasi dari mula sehingga akhir laluan servis ini.

Imporvement yang dikatakan ada lah dari segi dimana laluan mendapat tumpuan  ramai dari segi jumlah  penumpang akan di tingkatkan dan mana mana laluan yang kurang mendapat sambutan atau kurang pelanggan diberhentikan.

Yang terbabit dalam pembaharuan ada lah laluan baru yang diperkenalkan ia itu Terminal Bas Jalan Tun Razak, Hospital Damai, Chow Kit, Grand Season, Masjid Kampung Baru dan beberapa laluan lagi.



Go-Kl yang tujuan nya untuk memberi servis bas percuma yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 31 ogos 2012.

Ia melipuiti laluan Bandar terpilih dalam kawasan yang di panggil Central Business District Kuala Lumpur.

Kesemua projek ini ada lah termaktub didalam plan Transformasi Kerajaan untuk meningkatkan penggunaan kenderaan awam oleh rakyat demi mengurangkan penggunaan kereta sendiri yang boleh menyebabklan kesesakan.


Dari kajian yang di buat hampir 20,000 penumpang mengunakan perkhidmatan Go-Kl ini seharian semenjak ia diperkenalkan. Dan penambahbaikan di lakukan kerana SPAD menjangkakan peningkatan penggunaan nya akan bertambah sehingga 40,000 penumpang tidak lama lagi.

Dibawah ini petikan siaran media SPAD berkenaan perkara di atas.




No comments:

Post a Comment