Wednesday, 16 November 2016

Bersedia Untuk Raih Peluang Pelaburan Dari Negara China



Setelah delegasi  kerajaan Malaysia yang di ketuai DS Najib selesai membuat lawatan kerja dan perniagaan di negara China,baru baru ini, tugas dan tanggungjawap rakyat pula yang seharus nya dilakukan adalah “follow up” dengan misi pelaburan yang lain pula.

Peluang harus di ambil kerana pintu perdagangan telah di buka dan meterai oleh kerajaan, itu lah saranan yang telah d buat oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai , yang turut mengikuti rombangan perdagangan Malaysia bersama Perdana Menteri.

Dalam misi lawatan  itu banyak pelaburan dan perjanjian yang telah di buat oleh kedua negara, antara nya , perjanjian berkaitan keretapi, pipeline gas,  pelabuhan , dan projek infastruktur berskala mega.

Perjanjian antara kedua negara yang bernilai hampir RM144 billion ini adalah tertinggi nilai nya yang pernah Malaysia meterai.

Atas sebab ini, kata DS Liow , rakyat negara ini jangan terlepas peluang membuat pelaburan berkaitan perkara di atas , ini termasuk lah bagi pihak individu, SME dan mereka yang berkecimpung didalam perniagaan “large-cap”.

Dipercayai atas kejayaan membuat pelbagai pelaburan dan MOU serta perjanjian perniagaan, bersama negara China ,parti lawan MCA ia itu DAP amat kecewa kerana kaum masyarakat Cina di percayai akan dapat merasai manfaat ini lalu kerja menghasut dan mengikat masyarakat Cina untuk menyokong mereka akan menjadi luntur.

Atas sebab itu lah mereka meracuni masyarakat Cina khas nya dan melayu khusus nya bahwa misi melawat ke negara China satu kegagalan dan di anggap sebagai “menjual negara Malaysia kepada negara China”.

Sedangkan sebenar nya mereka iri hati atas kejayaan ini yang memberi faedah kepada kaum Cina Malaysia yang ramai dari kalangan mereka datang dari komuniti perniagaan.

Datuk Liow menjelaskan bahawa misi yang di ketuai oleh DS Najib boleh di kira amat berjaya dari sudut kerajaan dengan kerajaan, syarikat dengan syarikat dan paling penting antara sesama rakyat kedua negara.

Merujuk kepada ECRL atau laluan keretapi ke pantai timur, DS Liow menjelaskan bahawa projek yang menjangkau rel sejauh 600km itu akan memberi kan pengagihan ekonomi seimbang antara barat dan timur negara.

Bagi projek gas Trans Sabah Pipeline pula akan membawa keperluan Gas untuk negeri Sabah yang sekian lama di tunggu.



Harus di beritahu bahawa Billionaire negara China Jack Ma juga amat teruja dengan kerjasama antara negara Malaysia dengan syarikat nya Alibaba Group nya . Jack di beritahu ingin mengambil kesempatan dari perkembangan ekonomi Malaysia dan mahu mengambil peluang melabur.

Datuk Liow juga percaya bahawa AliTrip Malaysia Tourism Pavillion akan menjadi portal paling terbesar berkenaan pelancongan.

Amat pelik juga dengan skiap pembangkang kita seperti yang dimaklumkan oleh Datuk Seri Liow, sedang negara lain sedang bertungkus lumus menunggu giliran dan peluang berniaga dengah negara China, pembangkang Malaysia pula mencemuh dan mencaci serta bermain persepsi buruk dengan menyatakan Malaysia sedang menjual negara nya kepada Negara China.

Sebenar nya kerisauan pembangkang adalah mereka tidak mahu rakyat sejahtera dan dapat manfaat dari hubungan baik yang sebenar nya sudah di lakarkan beratus tahun lalu lagi, kerana ekonomi yang baik kepada masyarakat perniagaan komuniti Cina di Malaysia adalah mimpi ngeri kepada Pakatan Rakyat terutama nya DAP.

Ini kerana pengundi mereka ada ramai dalam kelompok yang akan mendapat manfaat dari perjanjian perniagaan Malaysia dan China.


No comments:

Post a Comment