Monday, 21 November 2016

DAP Sibuk Berpolitik , Ketika MCA Sibuk Membantu Sekolah Cina.



Mungkin dakwaan DAP atau masyarakat Cina yang terpengaruh dengan nya, menjangkakan MCA tidak begitu berkesan kepada kebaikan kaum Cina.

Tapi fakta sebalik nya membukti kan MCA lebih efektif dalam memenuhi kehendak orang Cina didalam kerajaan yang di pimpin oleh parti politik orang Melayu. seperti UMNO.

Ketika wakil DAP memperlekehkan komitmen MCA terhadap sekolah venkular  Cina , tanpa mereka sedari , jumlah nya sudah meningkat dengan banyak.

Wakil DAP , Teo Nie Chng, ketika mencabar MCA untuk menunjuk kan prestasi MCA terhadap kemajuan sekolah Cina berkemungkinan telah jauh tertinggal dengan realiti dan fakta sebenar.

Atau , mungkin akibat terlalu kuat berpolitik sehingga tidak tahu bahawa MCA didalam senyap telah membuat kerja nya,

Menjawap kepada persoalan ini, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, telah membidas Teo dengan memberi fakta bahawa dalam masa 2 dekad jumlah nya telah berganda.

Antara 1999 sehingga 2016 , sejumlah 17 buah sekolah baru Cina telah di luluskan dimana 16 dari nya telah pun beroperasi.

Maka jelas sekali wakil DAP  leka dan tertido sedang MCA membuat kerja masyarakat nya.

Dalam hujahan nya , Teo telah menyatakan walaupun ada penambahan jumlah kemasukan pelajar seramai 42,261 antara tahun 1990 sehingga 2000 tetapi jumlah sekolah telah berkurangan menjadi 1,284 dari jumlah sebelum ia itu 1,290.
Itu hujahan dan pendapat YB Teo.
Hujahan YB Teo di sangkal oleh Datuk Wee dengan kenyataan fakta bahawa jumlah sebenar nya kini adalah 1,298 sekolah.
Jumlah sekolah tidak dicamour dengan SJK(C) Kajang Utama yang sesi nya akan bermula tahun hadapan.
Dengan menggunakan jumlah yang sudah lapuk , YB Teo sebenar nya tidak bersikap adil kepada kerajaan dan juga kepada mereka yang sudah bekerja keras  untuk membina sekolah Cina ini, kata Datuk Wee.
MCA tidak pernah mengabaikan sekolah Cina didalam perjuangan nya , kata Datuk Wee.
Sambil membidas YB Teo, Datuk Wee sempat mengingat kan ketika dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri, dimana beliau tidak membenarkan sekolah vernakular Cina di dirikan diatas tanah rezab untuk sekolah kebangsaan.
“Hanya selepas Anwar Ibrahim di pecat dan Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pelajaran ,  barulah kerjasama antara MCA dan Menteri Pelajaran membina dan memindahkan sekolah Cina kekawasan itu” jelas Datuk Wee.
Untuk rekod, antara tahun 1999 sehingga September 2016 , MCA telah membantu dan membina 104 buah sekolah berkenaan , kata Wee.
Di waktu ini MCA sedang berusaha untuk membina dan memindah 8 buah sekolah lagi yang hanya menunggu kelulusan Perdana Menteri.
Semenjak tahun 2008 ,sejumlah RM500 juta telah di diluluskan untuk sekolah vernakular oleh DS Najib.
Datuk Wee sempat membidas kerajaan Pakatan Harapan dimana mereka tidak ada lansung initiatif untuk membuat sesuatu terhadap sekolah Cina dan sebalik nya mengadakan “red tape” dalam usaha mengekang kerja baik MCA.
Apa yang kerajaan Johor boleh lulus kan dalam masa 2 bulan untuk Sekolah Cina, kerajaan Pakatan pula mengambil masa 2 tahun .
Contoh ini didapati ketika MCA mahu mengusahakan SJK(C) Tun tan siew Sin dan SJK(C) Sungai Long.
Kenapa amat sukar bagi kerajaan Penang dan Selangor memberi kerjasama untuk sekolah Cina sedang kan kerajaan Johor telah pun peruntukan 20 keping tanah untuk sekolah ini dan telah memberi kerjasama terhadap nya, ujar Wee.
Maka jelas kelihatan , adakah masyarakat Cina sebenar nya tersalah pilih parti?

Parti DAP dan Pakatan Rakyat/ Harapan yang mereka sanjung pula yang memberi kesukaran dalam matlamat mencapai kebaikan kepada persekolahan masyarakat Cina, sebalik nya kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib pula yang memberi kerjasama.

Jelas sekali masyarakat cina telah di “hoodwink” terhadap MCA oleh parti DAP.

Mereka mangsa kepada fitnah dan kisah sensasi yang di dengar dari DAP, lalu memberi sokongan kepada DAP, sedang kan “unsung hero” mereka sebenar nya ada lah parti MCA.







No comments:

Post a Comment