Thursday, 10 November 2016

Datuk Liow Tiong Lai Beri Saranan Rumah Di Perkampungan Baru Cina Dijadikan ‘Homestay”


Rumah rumah di kampung Baru Cina boleh menjana pendapatan kepada pemilik nya jika ia boleh di tukar kepada “homestay” kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Rumah yang ada di perkampungan baru Cina ada lah aset yang boleh menjana pendapatan.

Saranan ini di beri kerana DSLTL berpendapat dengan jangkaan 4 juta pelancong dari negara China akan datang melancong  ke Malaysia

Kampung kampung baru ini, menurut Datuk Liow ada potensi untuk berkembang dari sudut pelancongan eko tourisma dan kebudayaan.

“Perkampungan ini tidak perlu lagi tersekat dalam kepompong lama dam ekonomi di situ boleh di pertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi”  kata Liow.

Saranan Datuk Seri Liow kepada masyarakat di kampung Baru Cina berdasarkan jangkaan kedatangan ramai pelancong dari negara China ketika mengikuti Perdana Menteri di dalam lawatan ke negara China baru baru ini.

Dalam siri lawatan ke negara China , telah diramalkan peningkatan pelancong dari negara itu dan persedian seharus nya di buat bagi menampung kehadhiran pelancong pelancong ini.

Malaysia bakal mengaut keuntungan dari hubungan bilateral kedua negara.

Datuk Seri Liow juga menekan kan betapa penting nya projek antara Malaysia -China di implementasikan secepat mungkin dan sebaik mungkin.

“Rakyat akan dapat faedah dari hasil ekonomi yang baik dan tiada sesiapa yang bokeh menafikan nya” ujar Liow.

Kerajaan, menurut Datuk Liow , telah melakukan yang terbaik untuk menjana ekonomi dan da kejayaan hasil lawatan ke negara China sangat mengalakan.

Selain itu projek mega seperti ECRL yang sejauh 600km akan di mula kan dengan secepat mungkin dan projek ini adalah tanda kejayaan antara hubungan Malaysia China.



Datuk Seri Liow ketika di tanya berkenaan pihak pembangkang yang mengkritik dan mencemuh lawatan kepimpinan ke negara China, menjawap beliau tidak akan ambil peduli dan hilang tumpuan terhada kritikan itu.





No comments:

Post a Comment