Friday, 25 November 2016

MCA Tegas Dengan Pendirian - Tetap Tidak Menyokong Usul



Apabila Hj Hadi membawa usul berkenaan ke Dewan Rakyat , MCA tetap dengan pendirian tidak menyokong sebarang Private Members Bill atas sebab ia bukan di usul kan oleh pihak kerajaan.

MCA , seperti yang di jelaskan oleh Presiden nya Datuk Seri Liow Tiong Lai , tidak akan memberi undian dan sokongan tidak kira sama ada Bill itu satu pindaan terhadap yang sedia ada atau pun pembentangan baru.

MCA hanya akan menyokong Bill yang di bentangkan oleh pihak kerajaan asalkan ia sejajar dengan perlembagaan negara.
Bagi MCA cadangan usul pemindaan yang dibuat oleh Presiden PAS  Tuan Haji Hadi Awang, tidak selari dengan perlembagaan yang sedia ada.

Ini bukan pembacaan yang pertama berkenaan RUU tetapi MCA akan membiarkan proses ini diteruskan.

Diwaktu yang sama Timbalan Presiden MCA , Datuk Wee Ka Siong menyatakan bahawa Pakatan telah mempamirkan belang mereka dengan meminta Parlimen supaya tidak melengahkan lagi berkaitan usul Hj Hadi untuk membentangkan nya.



Datuk Wee agak musykil akan pendirian Pakatan Harapan terhadap isu ini.

Kenapa pula mereka mahu membahaskan nya dalam keadaan segera? Tanya Datuk Wee Ka Siong.

Kami dari pihak Barisan Nasional juga agak merasa hairan dengan pendirian mereka, tambah Datuk Wee.

Sesungguh nya isu pembentangan RUU ini telah memecah belah kan banyak  pihak.

Malah sesama komponen seperti di Sarawak juga telah membuat kenyataan berkenaan pemindaan yang mahu di bentangkan oleh Hj Hadi.

MCA berpendirian seperti yang di ambil ketika ini terhadap apa yang mahu di bentangkan oleh Hj Hadi adalah atas sebab melayani kehendak penyokong dan penggundi nya.

MCA bertanggung jawap kepada ahli dan penyokong nya , atas sebab yang sama jika pembentangan di terus kan dan ia di terima ,  Presiden MCA akan meletak kan jawatan dalam kerajaan kerana memahami mereka tidak akan diterima oleh golongan yang menyokong nya.

Pasti sekali keadaan rumit bagi semua pihak didalanam menangani isu ini.

Maka , apabila isu pembentangan oleh Hj Hadi di bawa ke persidangan tahun depan, ia memberi kelegaan kepada banyak pihak.

No comments:

Post a Comment