Monday, 14 November 2016

“United MCA” - Jaminan Kekuatan Untuk Barisan Nasional Hadapi PRU14.



Tidak salah jika di katakan bahawa ini perhimpunan terakhir MCA sebelum PRU14.

“Tiada lagi faction dalam MCA” itu jaminan MCA kepada Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional , DS Najib Tun Razak.

MCA sebagai sebuah parti yang matang sudah lama menyedari bahawa sebuah parti yang tidak senada dan tidak sebulu dalam pendirian serta berpecah belah akan sentiasa menghadap masalah menghadapi rakyat.

Jaminan telah pun di beri oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa sudah tiada lagi unsur perpecahan dan berpuak puak dalam parti MCA.

Jaminan ini di beri oleh DS Liow kepada Perdana Menteri dan juga kepada delegasi yang menghadiri perhimpunan Agong MCA yang ke 63 tahun.



Perdana Menteri DS Najib turut merasa lega dengan jaminan ini dan menyatakan “Saya berasa amat lega apabila Presiden MCA memberi jaminan kepada saya bahawa saya akan berurusan dengan 1 MCA dan bukan berpuak puak” kata Perdana Menteri.

MCA boleh lah dikatakan menjadi mangsa keadaan.

Ketika tewas banyak kerusi pada PRU13 lalu, ia bukan semata mata kerana kelemahan MCA.

Tetapui kerana tipu daya DAP kepada masyarakat Cina bahawa mereka akan mengecapi kemenangan dan menjadi sebahagian kerajaan yang baru menggantikan Barisan Nasional.

MCA seperti syarikat handphone NOKIA , apabila Pengerusi nya memberi kenyataan kepada staff nya bahawa bukan kesalahan jenama NOKIA merudum dan jatuh “We did not make any mistake” kata Pengerusi NOKIA kepada seluruh staff NOKIA, tetapi menjadi mangsa kepada keadaan.

MCA berpendirian senderhana dan menolak ekstrimisma dalam apa bentuk pun. Itu pendirian konsisten MCA.

Namun apabila DAP menukar cara berkempen dan pendirian , maka DAP memberi harapan kepada masyarakat Cina, lalu mereka pun mengundi DAP, namun akhir nya DAP tidak seperti yang dijangkakan oleh masyarakat Cina.

Terkadang kala apabila MCA bersuara seolah sedikit keras dan menentang beberapa dasar BN atau yang di buat oleh kerajaan, maka orang Melayu tersalah baca dan menganggap MCA sudah seperti DAP.

Sedangkan masyarakat harus faham, ada kala nya MCA di cemuh seolah olah tidur dan makan gaji buta oleh masyarakat Cina yang di hasut oleh pihak DAP, maka MCA bangkit utnuk bersuara bagi menunjuk kan mereka juga peka kepada kehendak orang Cina.

Ia bukan tindakan membelakangkan komponen atau membuat tuntutan yang bukan bukan, tetapi “as proof” MCA juga berani bersuara.

MCA berkongsi audien dan sasaran pengundi yang sama dengan DAP, maka MCA harus bertindak “accordingly”.

Jika di teliti lebih mendalam, MCA sebenar nya sebuah parti yang s
angat “gentleman”.

MCA tidak serang musuh cara “below the belt” walaupun mampu berbuat sedemikian.

Jika ada saranan MCA berbentuk seolah olah bunyi macam pafrti DAP, ia bukan kerana MCA itu perkauman tetapi atas sebab memahami hubungan nya dengan UMNO dari azali lagi melebihi 60 tahun dan atas kekuatan sudah bersama sekian  lama lah MCA berani membuat tuntutan di mata rakyat.

Ia atas sebab MCA dan komponen nya sudah lama berkawan dan setia bersama , itu lah sebab nya MCA berani menyuarakan pendapat nya , kerana mengetahui sahabat nya UMNO akan faham.

Apa pun akhir nya ia akan di selesaikan di meja rundingan secara ikhlas,

Tugas kepimpinan UMNO juga harus mendidik masyarakat Melayu bahawa MCA juga ada misi nya untuk survival.

Mana mungkin dalam satu waktu masyarakat melayu mengejek MCA tidak membawa banyak kerusi tetapi dalam waktu sama apabila MCA mengorak langkah untuk mem buka mata masyarakat Cina bahawa mereka juga perjuangkan nasib mereka , crowd yang sama dari masyarakat Melayu sangsi pula dengan tindakan MCA.

Masyarakat harus memahami pendirian MCA, ia sebuah parti matang, MCA pernah menolak sebarang jawatan kabinet jika mereka tidak dapat “deliver” kerusi pada Barisan Nasional, itu sahaja menunjuk kan bahawa MCA amat prihatin dan peka kepada kedudukan nya sebagai sebuah parti yang mewakili masyarakat Cina sambil menjaga kepentingan masyarakat lain.

Tentu jika MCA mahu merebut keseluruhan kerusi orang Cina atau sebahagian besar kerusi , dia harus bertindak seperti musuh nya DAP, dan ini tentu  tidak mengembirakan pihak lain dalam komponen.

Maka sesuai sangat lah jika semua masyarakat dalam komponen memahami kedudukan MCA sebagai parti tidak ekstrim dan mengamal kan moderasi yakni kesederhanaan.

Apa pun  syabas kepada MCA kerana telah mula berjaya membawa masyarakat Cina mengundi Barisan Nasional pada 2 PRK yang lalu di Sg Besar dan K.Kangsar.

Dengan sikap sederhana dan perjuangan berdasarkan  “achivement base” dan bukan “populist stance” MCA telah mula mendapat perhatian masyarakat Cina kembali.

Maka sahih lah apabila MCA melalui Presiden nya memberi jaminan kepada Perdana Menteri bahawa MCA akan menghadapi PRU  bersama Barisan Nasional sebagai satu entiti yang bersatu dan teguh .


Tahniah MCA,

No comments:

Post a Comment