Thursday, 17 November 2016

Waktu Terbaik Untuk MCA Berubah , Dan Terus Berubah Untuk Menjadi Releven.




Mungkin ramai dari kalangan masyarakat bukan Cina tidak tahu akan kedudukan MCA didalam politik negara.

Akibat nya mereka menyindir dan memperli MCA kerana kekalahan teruk pada PRU13 yang lalu.

Apabila MCA cuba mendapat undi dan meraih undi cara yang sesuai ia itu penetrasi kedalam masyarakat Cina secara yang populist seperti yang diamal oleh DAP ,untuk memikat hati orang Cina, maka sekali lagi MCA akan di cemuh oleh masyarakat bukan Cina dengan tuduhan cuba menjadi seperti DAP.

Maka singkat nya, “Damn if you do, damn if you dont”. Itu lah yang terjadi kepada MCA.

MCA sejak amali dan masih lagi sehingga kini menjadi sahabat yang boleh dipercayai oleh UMNO , kerana telah melalui pelbagai rintangan.

Konklusi nya, MCA boleh dapat lebih banyak undi jika mengikut cara DAP , tetapi adakah masyarakat bukan Cina yang Pro UMNO boleh menerima cara itu?

Berkemungkinan mereka akan mencemuh dan menyatakan MCA ada lah DAP dalam Barisan Nasional.

Bahkan lebih buruk lagi mereka akan  menuduh MCA sama seperti DAP sahaja.

Maka atas sebab ini MCA memilih jalan moderasi dan kesederhanaan.

Sambil tidak menyakitkan hati komponen dalam BN , MCA juga terpaksa melalui “thin line” antara mahu menjaga hati orang Cina yang menjadi “election base” nya dan juga menjaga hati orang melayu yang menjadi penyokong nya melalui BN.

Orang Cina menuduh MCA sebagai “barua” UMNO, kerana tidak bangkit kepada banyak isu orang Cina, sambil orang melayu akan menuduh MCA barua DAP apabila membangkit isu orang Cina.

MCA mana kah yang mereka mahu?

Pada perhimpunan Agung MCA yang lalu , Presiden nya Datuk Seri Liow ada menyatakan dalam ucapan nya, MCA sudah tidak boleh lagi duduk dalam keadaan stagnant.

MCA kata nya perlu “evolve” beralih cara dan inklusif serta sentiasa berubah ikut masa , jika tidak MCA akan ketinggalan.

Sebagai Presiden, Datuk Liow amat faham akan situasi yang dilalui MCA.

Kekalahan teruk pada PRU13 sudah pun menjadi pengajaran kepada MCA. “lesson learned”.

Kini dalam usaha untuk menjadikan MCA sentiasa releven kepada masyarakat Cina dan BN, Liow sebagai Presiden menyeru agar MCA lebih bersedia dengan perubahan.

Antara perubahan drastik yang bakal di adakan adalah perubahan cara “electoral system” dalam pemilihan kpimpinan MCA.

Perubahan ini adalah supaya MCA di lihat lebih Demokratik dan inklusif.

Jika diwaktu ini, MCA menyerahkan kepada sejumlah anggota nya seramai 2,400 ahli delegasi pusat untuk memilih kepimpinan, maka cara ini akan di ubah dengan meluaskan hak memilih kepada 32, 000 delegasi bahagian.

Maka sesiapa yang terpilih sebagai kepimpinan boleh lah dikata kan telah di piih oleh majoriti ahli yang meluas dan ramai.

Pasti sekali cara sistem pemilihan ini perlu melalui amendment kepada perlembagaan parti, dan ini akan dilakukan secara segera.

MCA ujar Datuk Seri Liow ,harus ada kekuatan politik untuk perubahan untuk melindungi msyarakat berbilang bangsa dalam negara ini.

Baru baru ini, Perdana Menteri dalam ucapan nya ada berjanji untuk memperkasa kan sekolah kebangsaan cina dengan membantu dari segi kewangan dan penambahan jumlah nya di seluruh negara.
Ini menunjuk kan tanpa politik bising dan populis, MCA berjaya secara berhemah mendapat apa yang di kehendaki oleh masyarakat Cina.


Amat bernar lah saranan Presiden MCA Datuk Liow, sebelum banyak perkara dapat di lakukan oleh MCA, maka MCA harus duduk didalam keadaan realiti , ia itu MCA sendiri perlu berubah dan “evolve” untuk mencapai tujuan nya.

No comments:

Post a Comment