Tuesday, 6 December 2016

DAP Parti Tiada Berprinsip Seperti MCA




Politik negara semakin bercelaru semenjak Tun Mahathir bertukar pendirian.

Bukan pendirian Tun Mahathir sahaja yang menjadi persoalan dan bualan, bahkan mereka yang menyokong nya juga menerima bahana kerana tindakan U-turn Tun Mahathir melihatkan tanda tanda mereka yang memberi sokongan kepada nya juga tidak berprinsip juga.

Pada Perhimpunan yang dianjurkan oleh Partii DAP kelmarin , terlihat bagaimana DAP tersepit dan berubah pendirian dari awal nya tidak menjemput Tun Mahathir, lalu kemudian membuat keputusan untuk menjemput nya kerana melihat sokongan terhadap pemipin UMNO oleh ahli UMNO begitu hebat.

Akibat dari itu, maka DAP seolah olah membuat keputusan saat akhir memanggil Tun Mahathir untuk menjadi tetamu VVIP pada majlis himpunan nasional nya.

Bercakap berkenaan hal ini , Presiden MCA , Datuk Seri Liow Tiong Lai menyelar kepimpinan DAP.


Kepimpinan DAP , menurut Datuk Liow amat gemar memberi ceramah politik berkenaan prinsip, namun hakikat nya mereka tidak pernah amal kan apa yang mereka sering sampaikan kepada masyarakat Cina.

Berkenaan Tun Mahathir , Datuk Liow berkata “Ini lah orang nya yang sekian lama menggelar DAP sebuah parti perkauman  dan sememang nya DAP masih bersifat begitu , namun sekarang Tun Mahathir telah berkata sebalik nya pula”

“Ini lah juga orang nya yang memenjarakan pemimpin DAP melalui akta ISA dan kini pemimpin DAP memeluk dan mencium nya pula” tambah Liow.

“Dulu DAP melaung laungkan bahawa orang ini seorang diktator, tetapi kini mereka memuja pula” kata Liow lagi.

DAP sepatut nya malu kepada ahli nya kerana sudah terdapat ramai ahli DAP mula mempersoal pendirian DAP.

Malah sudah ada yang meletak kan jawatan , walaupun mereka ahli seumur hidup DAP , kerana tidak dapat menerima hakikat kepimpinan DAP sudah mula menjiat individu yang mereka pernah caci dan maki.

Dahulu Lim Guan Eng nampak jelas telah membuang prinsip politik nya kerana dia pernah mengajak ahli DAP menyokong PAS pada PRU yang lalu , namun kemudian telah mengabaikan prinsip nya dan kini bermusuh dengan PAS pula.

Pendirian DAP nampak nya tidak pernah kekal sama juga dengan pendirian Tun Mahathir.

Ini atas sebab mengejar matlamat dan bukan menjaga prinsip.

Kepada Tun Mahathir dan DAP, matlamat lebih utama dari kejujuran.

Jika Tun Mahathir sekian lama mengajar penyokong UMNO dan orang Melayu membenci DAP, kini Tun Mahathir bertukar haluan dengan bermusuh dengan UMNO dan menyanjung DAP pula.

Maka amat sesuai DAP dan Tun Mahathir bergandingan untuk menipu dua pihak kerana kedua nya tiada berprinsip.

Sambil DAP menipu masyarakat Cina, Tun Mahathir pula menipu orang melayu dengan menyuruh mereka mengabaikan apa yang dia sendiri telah ajar dan tanam pada diri orang Melayu sekian lama untuk membenci DAP.

Sambil mengkritik kepimpinan DAP, Datuk Seri Liow juga mengajak ahli DAP supaya meninggalkan parti DAP sebagai bukti mereka secara jujur mengamalkan politik berprinsip.
(politic of principle).

Amat benar juga menyatakan kepimpinan yang keliru , bakal mengelirukan.

Ia sama dengan pendirian DAP, sekian lama mereka menguasai minda masyarakat Cina, dan dalam masa yang sama pula masyarakat Cina mempercayai mereka , namun akhir nya minda dan pendirian mereka dipermainkan.

Apa yang pemimpin DAP suruh mereka sokong seperti menyokong PAS satu waktu dulu , kini mereka di arah membenci PAS pula,

Dan kini mereka di suruh menerima Tun Mahathir setelah sekian lama menyuruh masyarakat Cina yang menyokong mereka membenci Tun Mahathir.

Sungguh ini lah politik, namun politik juga jarus ada prinsip nya, asas kepercayaan penyokong ada lah kejujuran dan pendirian, jika pendirian parti berubah ubah , maka apa lah yang boleh di harapkan oleh rakyat kepada parti seperti DAP.





No comments:

Post a Comment