Wednesday, 28 December 2016

Kemalangan Tidak Boleh Di Duga , Walaupun Pelbagai Operasi Dan Tindakan Sudah Di Ambil - SPAD





(Artikel ini terhasil dari sidang Media SPAD di sesi soal jawap industri perkhidmatan bas ekspres yang berlansung semalam di ibu Pejabat SPAD)

Memang tabiat dan lumrah. Setiap kali berlaku sesuatu sema orang akan menjadikan nya bahan bualan dan perbincangan.

Ini termasuk lah kes kemalangan lebuhraya membabitkan kenderaan awam.

Baru baru ini kemalangan bas ekpress melibatkan 14 nyawa di Pagoh menjadi bualan masyarakat.



Selain menjadi bualan , pihak pihak tertentu yang kurang maklumat dan informasi dengan kadar segera menuduh badan seperti suruhanjaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai pihak untuk di persalah kan.

Sebelum ini, kemalangan bas di Genting Highland juga menjadi hangat dan panas. Kemalangan itu juga menjadi kan SPAD “scapegoat” kepada pihak tertentu.

Memang mudah tuding jari, tapi apakah itu yang betul nya?

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid  ada menyarankan syarikat penggendali henti memberi elaun kepada pemandu bas kerana atas sebab ini mereka mengejar trip dan akibat kan kemampuan memandu menjadi bahaya kerana pemandu letih dan tidak fit untuk memandu.

Tan Sri Syed Hamid Albar ada menyaran kan gaji pemandu dinaik kan dan supaya mereka tidak perlu kejar trip dan memandu dalam keadaan letih.

Harus di ingat semua rule dan syarat telah pun “in-place” dan sedia ada yang, terjadi ada lah “rouge driver” di mana apa apa undang undang dan peraturan pun mereka tetap langgari.

Memang bagi mereka yang tidak bermaklumat akan membuat andain mudah dan salah ia itu SPAD tidur dan tidak buat kerja.

Sedikit sahaja dari mereka yang mahu bertanya berkenaan jumlah operasi, tangkapan dan pergantungan yang telah SPAD laksanakan.


"Walaupun SPAD sudah meletakkan pelbagai syarat dan peraturan, masih ramai yang tidak mengendahkannya dan apabila berlaku tragedi yang disebabkan faktor manusia, kita juga dipersalahkan. Kita tak boleh meramalkan kemalangan," kata pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar.

"Kita pandang ke hadapan dan tak perlulah menyalahkan mana-mana agensi. Rakyat kita selalu cepat melenting apabila tragedi berlaku.
"Ada yang mengatakan syarat dan peraturan tidak mencukupi. Padahal ia mencukupi. Syarikat pengendali sepatutnya memastikan peraturan dipatuhi," katanya.
Katanya daripada 51 cadangan jawatankuasa itu hanya lapan di bawah bidang kuasa SPAD dan semuanya telah dilaksanakan.
"Orang ingat kita (SPAD) hanya bergerak apabila berlaku kemalangan.

Maka berpuluh-puluh syor diberikan. Banyak syor kita sudah laksanakan selepas kejadian di Genting Highlands.
"Antaranya, peraturan yang mewajibkan setiap bas ekspres mempunyai sistem dua brek. Ia bermaksud jika brek utama gagal berfungsi, pemandu boleh menggunakan brek kedua.
"Selain itu, SPAD menetapkan peraturan yang melarang bas dua tingkat beroperasi di kawasan berbukit/bercuram dan kawasan tinggi. Kita juga tak benarkan penumpang berdiri. Semua peraturan baharu itu berkuatkuasa 9 September 2016.
"Selain itu SPAD juga mengadakan pelbagai latihan dan kursus untuk pemandu bas," katanya.
Syed Hamid menegaskan sebelum SPAD memberikan lesen pengendali kepada syarikat bas, kenderaan mereka diwajibkan diperiksa oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Semua kenderaan setelah siap dipasang mesti mendapat kelulusan JPJ. Badan bas mesti kuat dan mampu menahan impak. Selain itu setiap bas mesti ada ada tali pinggang keledar. Kalau tak ada dua ciri ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) tak akan luluskan.
"Bagi pihak SPAD apabila JPJ melalui PUSPAKOM sudah luluskan pemeriksaan kenderaan baharulah kami keluarkan lesen pengendali. Perlu diingat bahawa Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) pula adalah di bawah bidang kuasa JPJ."
"Kita perlu jelaskan sebab masyarakat sering mempersalahkan SPAD bila berlaku tragedi. Mungkin mereka tidak faham bidang kuasa dan peruntukan perundangan setiap agensi," kata nya.

(kata kata temubual di ambil dari Agenda daily dari Wartawan Kanan Noor Hasilah Ismail)

No comments:

Post a Comment