Thursday, 8 December 2016

Mahathir Terlupa MCA Setia Bersama Nya Di Saat Kritikal - Ong Ka Chuan


Politik Mahathir menyusahkan banyak pihak.
Hanya kerana Tun Mahathir sendiri yang bertukar akidah dan kiblat, maka sesiapa yang tidak ikut atau akur kepada nya akan di serang.
Dalam erti kata mudah, semua orang telah berada di pihak yang salah melainkan Mahathir sendiri, begitu lah kenyataan Setia Usaha Agung MCA Datuk Ong Ka Chuan.
Apa yang sangat pelik adalah setelah Mahathir gagal memperalatkan UMNO dan Barisan Nasional, maka Mahathir cuba memperalatkan Pakatan Harapan pula.
Namun set-back nya adalah kesemua dalam PH ada lah jenama yang Mahathir sendiri sudah buruk kan sekian lama selama berpuluh tahun.
Maka apabila Mahathir memilih untuk memperalatkan nya, maka terpaksa lah dia mensucikan nya kembali.
Hatta dalam proses mensucikan apa yang dulu Mahathir sendiri jijik kan maka kerja UTurn dan spin kata kata terpaksa di lakukan.
Dalam kenyataan terbaru Tun Mahathir, dia melabelkan MCA sebagai membuat pilihan tidak betul dan mengkritik konon nya MCA bersekongkol dengan jenama buruk Najib Razak, dan tajuk untuk kritikan nya berbunyi “Associating With Thieves” atau dalam terma Mahathir, MCA bersekongkol dengan penjenayah curi.
Namun , satu perkara yang Tun Mahathir sudah lupa, ia , Tun Mahathir tidak lupa tetapi pura pura lupa untuk mencapai cita cita peribadi nya, Tun Mahathir terlupa bahawa disaat UMNO diharamkan oleh mahkamah, MCA berdiri teguh dan setia bersama nya.
Dalam ertikata MCA memakan dedak Tun Mahathir. Hal ini tidak mengapa asal kan jangan memakan dedak Ds Najib. What is wrong for others is right for Mahathir.
Dalam kenyataan terbaru Tun Mahathir, ia menyatakan MCA hanya alat kepada UMNO dan tidak lebih dari itu.
Tun Mahathir juga mendakwa MCA tidak berprinsip dan hanya berperanan sebagai boneka kepada UMNO dan Najib.
Kepada hal ini Datuk On Ka Chuan , sebagai Setia  Usaha Agung MCA membidas Tun Mahathir dengan menyatakan MCA berdiri teguh bersama Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri dengan penuh taat dan setia.
Tidak kah Tun Mahathir meningat kembali pada tahun 1988 di mana ketika itu Mahkamah Tinggi mengistiharkan UMNO sebagai sebuah parti haram dan UMNO baru terpaksa di tubuhkan untuk mengganti nya?
Ketika itu, Presiden MCA telah mengambil alih kerusi Pengerusi Barisan Nasional dan secara tidak rasmi adalah Perdana Menteri selama satu hari sebelum UMNO Baru yang Tun Mahathir tubuhkan dimasuk kan semula kedalam Barisan Nasional.
Kerjasama dan tunjuk taat setia Presiden MCA pada hal ini hanya sebab supaya Tun Mahathir dapat menjadi Perdana Menteri semula. Ini lah pengorbanan MCA , menurut Datuk Ong Ka Chuan.

MCA juga menurut Datuk Ong telah berdiri setia dan teguh bersama Tun Mahathir ketika di serang bertubi tubi oleh mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sekitar tahun 1998.
Tambah Datuk Ong Lagi, ketika Malaysia mengalami krisis kewangan dan ketika Anwar Ibrahim mahu International Monetery Fund (IMF) untuk masuk campur, MCA sekali lagi berdiri teguh bersama Tun Mahathir untuk menghalang Anwar dari melaksana kan nya demi mahu menyelamatkan negara dari kehilangan kedaulatan nya.

Selain itu MCA lah parti yang tetap bersama Mahathir ketika kemuncak era Reformasi dimana ramai rakyat telah turun ke jalanraya untuk menyokong Anwar dan pendirian MCA tidak berganjak dengan menyokong Tun Mahathir.
Lihat lah sejarah MCA, parti yang tidak pernah berganjak pendirian tetap bersama BN walau apa pun keadaan.
Mungkin MCA ada menyatakan tidak setuju pada beberapa perkara secara terbuka, tetapi ia bukan bererti MCA telah keluar dari landasan asas bersama BN.
Apa yang MCA lakukan hanya lah menjalankan hak nya bersuara dan berfungsi ikut kehendak pemegang saham parti itu ia itu penyokong nya.
Pada beberapa pilihanraya di zaman Tun Mahathir, selepas pemecatan Anwar, UMNO telah kehilangan banyak kerusi tetapi atas kemenangan MCA yang lebih, maka kedudukan Tun Mahathir dan UMNO dapat di selamatkan juga.

Maka amat tidak wajar lansung apabila Tun Mahathir akibat tekanan waktu dan terdesak mengkritik MCA sebagai boneka UMNO sedang itu lah yang MCA lakukan ketika lama Mahathir memerintah.
Apa kah ketika itu MCA menjadi Boneka Mahathir ?

3 comments:

  1. Ong Ka Chuan tak sedar bahawa MCA sekarang ini bukanlah MCA yang sama seperti MCA yang dipimpin oleh Tun Tan Cheng Lock, Tun Tan Siew Sin, Tan Sri Lee San Choon, Tun Dr. Ling Liong Sik dan beberapa orang presiden MCA lagi.

    Malahan semasa krisis kepimpinan MCA antara Dato Neo Yee Pan dengan Dr. Tan Koon Swan, Tun Ghafar Baba telah diarahkan oleh Tun Dr. Mahathir untuk menjadi perunding dalam krisis berkenaan di mana Tun Ghafar Baba telah mengetuai MCA selama 10 bulan hingga krisis berkenaan dapat diselesaikan.

    Datuk Ong Ka Chuan sewajarnya menilai sejarah MCA bagaimanakah MCA dahulu dengan MCA sekarang ini, MCA dahulu bersikap setiakawan tulen dengan menyokong parti-parti dalam komponen Barisan Nasional, tetapi tidaklah menyokong individu yang mempunyai skandal jenayah kewangan seperti yang berlaku sekarang ini.

    Tun Dr. Mahathir hanya mengkritik MCA yang sekarang ini, bukannya MCA yang sebelum ini, kerana kepimpinan MCA sebelum ini tegas dengan kepentingan rakyat, tetapi kepimpinan MCA sekarang ini lebih kepada mengikut telunjuk Najib tanpa mempedulikan negara ini makin teruk dilingkupkan oleh Najib dan kuncu-kuncunya.

    Malahan ramai masyarakat Cina tidak menyokong MCA kerana mereka sendiri tahu apa yang berlaku di dalam kerajaan di mana pemborosan dan penyelewengan yang berlaku, tetapi pemimpin MCA masih bermuka-muka menyokong Najib juga.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Mohamad Faiz Hamzal Ismail
    Ahli Parti Pribumi BERSATU Malaysia
    Bahagian Jerlun
    Kedah Darul Aman

    ReplyDelete
  2. Tp Tun pun bukan Tun yg dulu. Dah berubah.

    ReplyDelete
  3. Tak fikir Tun sudah lupa.
    Tun tahu baik MCA,Gerakan atau Dap, sekurang-kurangnya
    mereka adalah 2nd or 3rd generation born iin Malaysia.
    Mereka memahami budaya,agama dan Bahasa Melayu berbanding
    dengan Cina PRC yang bakal menguni Bandar 1MALAYSIA,
    GardenCity,ForestCity dan 20 buah CITY lagi yang sedang
    dalam proces pembangunan di Johor.
    Kebanyakan Cina MCA, Gerakan ataupun DAP sudahpun mengamal
    budaya Melayu seperti sarapan nasi lemak, roti canai or
    capati bukan lagi charkor dicelop dengan air tauhu.
    Mereka juga tak masuk rumah pakai kasut, rumah mereka
    bersih mengalahkan rumah Melayu sendiri. Ada yang
    dah berkhatan dan cebok guna air sebab sedar akan
    kepentingan kebersihan dan kesihatan.
    Berbeza dengan Cina PRC born in Guangzhau,Beijing,
    Shanghai,etc.Kalau mereka dah ramai, jangan marah
    kalau mereka nak buat sekolah dengan kurikulum dan
    universiti sendiri. Jangan mengamuk mereka nak
    iktiraf kelulusan ANC. Jangan bersilat dan berpencak
    kalau mereka masuk shopping mall bawak anjing dalam
    trolly. Ini aku sebut just a few. Ada banyak lagi
    benda yang korang kenag kena terima.

    ReplyDelete