Tuesday, 13 December 2016

MCA , Melalui Ketua Pemuda Pulau Pinang, Desak Guan Eng Ambil Cuti




Nampak jelas pembangkang cakap tidak serupa bikin apabila sesuatu perkara itu membabitkan diri mereka sendiri.

Ketika kemuncak isu persepsi 1MDB dan isu derma 2.6 billion, walaupun tidak ada bukti untuk menunjuk kan kesalahan yang didakwa , mereka telah mendesak DS Najib untuk mengambil cuti bagi siasatan kepada dakwaan tidak berbukti itu.

Malah, lebih teruk mereka mendesak DS Najib meletak kan jawatan nya walaupun pembangkang seperti DAP , PKR dan Tun Dr Mahathir tidak pernah dapat mengemuka kan sebarang bukti yang sangat jelas.

Malah ketika PAC membuat siasatan pun mereka masih mahukan DS Najib meletak kan jawatan kerana telah ada siasatan.

Namun ini semua hanya jika pihak yang dimaksudkan itu bukan datang dari pihak mereka, jika pihak yang menjadi “subjek” kepada isu rasuah itu individu seperti Lim Guan Eng lain cerita nya.

Benar benar bagai dikata oleh pemimpin MCA seperti Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datuk Wee Ka Siong dan juga Datuk Ong Ka Chuan , DAP ada lah sebuah parti yang tidak berprinsip.

Apa tidak nya, pemimpin yang mereka musuhi sekian lama berdekad dekad seperti Tun Mahathir pun mereka boleh terima , apa tah lagi dengan isu mengambil cuti.

Dalam perkembangan terbaru , Ketua Pemuda MCA , Ang Chor Keong dalam kenyataan nya mengesyorkan supaya Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng segera mengambil cuti bagi menyelesaikan kes rasuah nya di mahkamah.

Ini kerana kes akan di sebut pada bulan Mac tahun hadapan dan Guan Eng perlu memberi fokus kepada kes nya.
Selain itu amat tidak wajar untuk Lim Guan Eng terus memegang jawatan Ketua Menteri  kerana bakal akan ada “conflict of interest”, yakni pertembungan kepentingan.

Ang juga berpendapat saranan supaya Lim Guan Eng mengambil cuti supaya pentadbiran negeri tidak terganggu demi kepentingan rakyat Penang.

Mungkin sebelum ini LGE tidak perlu mengambil cuti kerana kerana belum jelas tarikh dakwaan di sebut di mahkamah, namun kini sudah ada tarikh nya , maka amat lah perlu untuk LGE mengambil cuti sementara.

Ang juga berkata tugas Ketua Menteri amat berat kerana membabitkan perkembangan ekonomi negeri dan juga kebajikan rakyat negeri.

Maka pasti sekali LGE tidak dapat memberi tumpuan kepada kedua nya dalam masa serentak.

Sehingga kini, LGE atau pun wakil DAP masih belum lagi memberi jawapan balas berkenaan ini.

Ini lah DAP, mereka mengamal kan dwi standard dalam banyak perkara.

Apabila sesuatu itu membabitkan pihak musuh mereka, belum apa apa lagi mereka sudah memberi gambaran salah dan bermain persepsi, tetapi apabila pihak mereka sendiri yang terkena , mereka berdolak dalik.

Betul bagai dikata oleh kepimpinan MCA, mungkin MCA tidak sepopular DAP, namun DAP tidak memiliki apa yang MCA ada, ia itu prinsip dan pendirian.





No comments:

Post a Comment