Thursday, 15 December 2016

Waktu Menunggu Tren Bandar Hanya 90 Saat Sahaja , Sasaran Datuk Liow Tiong Lai



Pengalaman berada di sebuah bandar besar seperti di Moscow nampak nya membuat Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mendapat ilham untuk memperbaiki mutu perkhidmatan  pengangkutan awam di Malaysia.

Liow yang baru sahaja pulang dari menghadhiri acara “United Nations Economic & Social Commission For Asia & Ministerial Conference” di Russia telah menyaksi sendiri bagaimana tren di bandar Metro Moscow itu begitu efisien dan cekap dengan hanya mengambil masa 1.5 sahaja bagi waktu menunggu.



Sebagai wakil negara DSLTL di jemput oleh wakil kementerian dari Russia untuk merasai sendiri bagaimana tren bawah tanah itu beroperasi.

Walaupun tren itu mengangkut sejumlah purata 8.5 juta penumpang sehari , namun keberkesanan dan frekuensi nya mengangkut penumpang setiap satu setengah minit amat mengkagumkan , ujar Liow.

Jelas sekali penumpang tidak perlu tunggu lama.

“Ini lah yang kita harus tumpu untuk mencapai nya” kata Liow berkenaan perkhidmatan tren di Malaysia.

Untuk makluman, di bawah projek Klang Valley Double Track (KVDT) , KTMB masa menunggu komuter adalah dijangkakan diturunkan dari 15 minit kepada 7.5 minit.

Sebelum ini bagi perkhidmatan komuter dari Seremban menuju ke Port Klang adalah 30 minit tetapi berjaya di cepatkan kepada 15 minit sahaja.



“Sebaik sahaja projek KVDT siap , ia akan dapat dikurang kan sehingga 7.5 minit” kata Liow.

Dalam majlis makan malam kementerian nya , Datuk Liow sempat memberi pesan kepada kakitangan nya bahawa mereka perlu menyumbang kepada pertumbuhan negara dari segi sektor pengangkutan.

Untuk pengetahuan umum, projek KVDT adalah sebuah projek bernilai RM1.4 billion untuk menaik taraf signal link landasan di lembah Klang dan dijangka kan siap pada tahun 2019.

Transformasi Pengangkutan Awam yang dipelopori oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak nampak nya mula menampak kan kesan dan progress nya.

Esok pula akan bermula pula fasa 1 laluan MRT Sg Buloh - Kajang dimana mereka dari Sg Buloh akan boleh ke destinasi di Semantan.

Di jangka kan puluhan ribu orang akan dapat menikmati perkhdmatan itu. dan tentu sekali ia nya satu kelegaan bagi ribuan pengguna dan pasti sekali sasaran kerajaan agar rakyat menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan jalanraya akan tercapai.







No comments:

Post a Comment