Wednesday, 7 December 2016

Walaupun Ulat Teksi Guna Taktik Baru Di KLIA - Tetap Dapat Di Kesan SPAD


Pelbagai cara diguna kan oleh mereka yang mahu mengelak kan diri dari di tangkap oleh Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD ).
Akibat tindakan efektif oleh SPAD maka mereka mereka ini terpaksa mencari helah baru dan cara baru bagi mengelirukan penguatkuasa.
Namun cara apa pun yang digunakan akhir nya dapat dikesan juga oleh SPAD.
Menurut kata Pengurus Besar Kanan Bahagian Pengkuatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad yang mendedahkan taktik terbaru ulat Teksi , ia itu konon konon nya menawarkan penjualan kad sim prabayar kepada mangsa dan bakal mangsa dan kemudian nya akan memberi tawaran khidmat teksi mereka ang beroperasi secara haram.

Ulat ulat teksi ini dikesan melakukan cara ini di kedua dua  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 .
Mereka menyasarkan pelancong antarabangsa dengan meletakkan diri mereka dikedua pintu masuk utama negara.

Mnurut Datuk Paduka Che Hasni "Kita mengesan ulat-ulat tiket ini menggunakan pelbagai taktik termasuk dengan menjual kad sim prabayar ketika pelancong keluar dari balai ketibaan lagi.
Menurut Datuk Paduka Che Hasni lagi ulat ulat ini sanggup bertindak dengan helah baru ini kerana mendapat pulangan yang banyak walaupun cara ini boleh mendatangkan imej yang tidak baik kepada negara.
Tentu sekali industri pelancongan mendapat nama buruk jika tindakan tidak di ambil seolah olah mengalak kan tingkah laku ulat teksi ini.
Seperti biasa, SPAD sentiasa peka kepada hal ini dan akan memperketatkan lagi penguatkuasaan di kedua pintu masuk negara untuk membendng ulat teksi ini.
Pelbagai cara dilakukan oleh pihak SPAD, antara nya memerhatikan CCTV di perkarangan lapangan terbang dikawasan orang ramai serta kawasan berlegar pelancong untuk keluar masuk.

Selain itu SPAD juga menempatkan anggota nya secara penyamaran untuk memerhatikan gelagat ulat teksi ini sambil anggota beruniform juga di tempatkan di situ.

Adalah tidak tepat seperti dakwaan setengah pihak bahawa SPAD tidak peka kepada hal ini , kerana menurut Che Hasni selain meletak anggota nya untuk mengawasi tempat ini, ia juga dilaksana kan  24 jam.


Ini benar lah sebagai dikata kan oleh Datuk Paduka Che Hasni satu waktu dulu, bahawa SPAD akan jauh selangkah dari perilaku kerja haram ulat teksi  ini demi menjaga kebajikan orang ramai dan pengguna.

No comments:

Post a Comment