Wednesday, 11 January 2017

Berapa Ramaikah Dari Kalangan Masyarakat Yang Tahu Bila SPAD Telah Bertindak?




Rakyat Malaysia tergolong dari mereka yang malas membaca subjek yang tiada kepentingan kepada mereka.


Namun apabila subjek atau isu yang mereka tidak pernah hirau itu menjadi topik panas , mereka lah paling lantang bersuara.


Kita ambil contoh dengan segolongan netizen yang amat suka melontar kenyataan seperti “SPAD tidur” , “SPAD tidak buat kerja” atau pun  “SPAD makan gaji buta”  apabila terjadi kemalangan besar membabitkan nyawa.


Kesalahan awal awal lagi dituding kepada SPAD, JPJ atau agensi kerajaan.


Mereka tanpa sedikit pun cuba bertanya atau ambil tahu hal dari jabatan atau agensi yang mereka seronok menghentam.


Ini lah dia bahana media sosial dapat ketangan mereka yang kufur maklumat, tidak minat mencari maklumat dulu sebelum memberi komen dan awal awal lagi sudah pun bersikap prejudis.





Tahu ah mereka berapa operasi yang dilakukan dalam setahun oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam? Terhadap Bas? Teksi? Atau kenderaan awam lain?


Tahu kah mereka kemelangan terjadi adalah akibat pemandu tidak akur kepada syarat dan dan regulasi?


Dan akhir sekali tahu kah mereka tindakan tindakan dan jumlah pemandu, bas dan kenderaan awam yang sudah di hadapkan ke mahkamah, di sita dan batal kan lesen?


Ini lah yang sepatut nya mereka ketahui terlebih dahulu sebelum memberi komen murahan dan tidak bertanggung jawap.


Misal nya baru baru ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat  (SPAD) telah membuat sitaan kepada 13 kereta milik pemandu Uber / Grabcar yang didapati bersalah kerana menjalankan kegiatan 'ulat' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.


Ini menunjuk kan SPAD tidak pernah leka dengan menjalan kan operasi dan pemantauan.


Dalam operasi tersebut Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, seramai 13 pemandu Uber / Grabcar adalah antara 58 ulat yang ditangkap penguatkuasa itu di dua lapangan terbang utama negara sejak tiga bulan lalu.


Ulat-ulat ini ada pelbagai jenis, menurut Datuk Che Hasni  dan yang terbaharu adalah Uber / Grabcar.


Mereka menyalahgunakan aplikasi untuk menjalankan kegiatan mereka , namun SPAD mula membuat tangkapan ke atas ulat-ulat Uber / Grabcar ini sejak Oktober lalu.


Untuk pengetahuan umum pada tahun lalu, SPAD sudah menahan 22 ulat teksi, 16 kereta sapu dan tujuh ulat tiket.


Tempat seperti KLIA2 adalah terdapat  jumlah tangkapan yang banyak dengan 40 ulat manakala 18 lagi di KLIA.





Malah menurut Datuk Che Hasni sebanyak tiga 'ulat' ditahan, yang berumur antara 37 dan 38 tahun.


Untuk kes ini urusan pendakwaan terhadap ulat-ulat tersebut di mahkamah akan dilakukan dengan segera dalam tempoh 24 jam sebaik sahaja tangkapan dibuat.




Orang ramai boleh sahaja berkerjasama dengan SPAD dan membantu SPAD dengan memberi maklumat, malah orang ramai juga boleh dapat maklumat dari portal dan laman FB SPAD di sini :-




Hantar lah maklumat jika ada apa apa berkaitan maklumat yang memberi manfaat kepada kesejahteraan pengguna di atas jalan raya kita.


Yang berada di jalan raya ada lah sanak saudara dan adik beradik kita juga, membantu dengan bekerjasama ada lah untuk kebaik kan kita juga.

Sila lah buat aduan kepada nombor di bawah , dan jangan percaya pada maklumat songsang yang tidak berasas dari individu yang tiada bertanggung jawap.





No comments:

Post a Comment