Sunday, 22 January 2017

DAP Cakap Banyak ,Tapi Hasil Kerja Untuk Rakyat Tidak Ada Lansung – Tiong Lai




DAP sudah lama berada di persada politik negara, tetapi apa hasil nya yang boleh ditunjuk kepada rakyat?

Mungkin DAP mahu menjadi seperti Rafizi Ramli dari PKR dengan mengungkit ungkit isu nasional dan isu mega , maka tumpuan rakyat dikawasan sendiri teralih.

Untuk pengetahuan rakyat , DAP memiliki 38 kerusi parlimen, namun tiada satu pun kawasan parlimen yang di kuasai DAP mendapat faedah terus.

Rakyat setempat yang mengundi DAP tidak pernah menyoal apa DAP sudah lakukan dikawasan yang mereka kuasai kerana terleka dan terbuai mimpi isu isu nasional yang belum pun tentu kesahihan nya.

“DAP hanya bagus bab bab membuat tuduhan tidak berasas mengkritik BN dan MCA” Kata Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai.

“Sekarang DAP sedang panik kerana pilihanraya sudah semakin hampir dan DAP semakin banyak membuat tuduhan tidak berbukti dan liar” tambah Liow.

Liow mengajak rakyat melihat betapa DAP sebagai pemegang 38 kerusi parlimen dari sejumlah 222 kerusi pada pru tahun 2013 lalu tetapi tewas kepada dalam prk Teluk Intan pada tahun 2014.


Kerusi yang mereka menang telah tewas semula.
Antara fitnah DAP yang terbaru ada lah rakyat akan terkesan dari pelaburan negara China di mana dakwaan ini hanya bertujuan menakutkan dan membenci kerajaan.

“DAP telah menanam sifat wasangka kepada rakyat dengan pelaburan dari negara China dengan menakutkan rakyat bahawa mereka akan di sisih kerana pelaburan ini dan MCA konon nya ada lah alat kepada negara China dan MCA seolah olah hilang arah” ujar Liow.

DAP cuba menafikan pelaburan dari negara China akan menyebabkan peniagan dan saudagar tempatan akan mendapat manfaat , kerana dasar kerajaan ada lah menjaga kepentingan rakyat nya terlebih dulu.

DAP tidak faham negara China melabur di sini kerana hubungan baik sedia ada antara kedua negara yang telah terjalin lama dahulu.

Kenyataan Presiden MCA yang dibuat adalah membidas kenyataan yang telah di buat oleh wakil DAP Johor dan MP Kluang Liew Chin Tong yang mengkritik MCA konon nya MCA ada lah agent mewakili negara China dalam pelaburan mereka.
Selain suka membuat dakwaan dan andaian tidak benar seperti konon nya negara Malaysia ada lah “failed state” DAP juga mengamal kan politik perpecahan dan politik negatif dakwa Datuk Seri Liow Tiong Lai.

MCA kata Liow sentiasa menjaga kebajikan masyarakat China , tidak seperti DAP yang hanya ambil undi sahaja daripada mereka tanpa memberi khidmat bakti.


Di negeri DAP perintah DAP hanya menjaga kepentingan ahli dan kumpula mereka sahaja sambil mengalih kan perhatian rakyat kepada isu isu besar yang tiada manfaat pun kepada rakyat yang mengundi mereka.


Tentu sekali Presiden MCA mahu kan masyarakat Cina tidak membuat kesilapan yang sama pada PRU14 nanti.

No comments:

Post a Comment