Monday, 16 January 2017

Ingat !!! Siapa Beri Pendatang Asing Bawa Kenderaan Nya Akan Kena Tindakan Berat.




Selain merampas kenderaan , mereka yang memberi kenderaan mereka kepada pendatang asing untuk dibawa juga akan berhadapan dengan segala bentuk undang undang sedia ada, begitu lah amaran Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Di negara kita Malaysia, segala benda handak diserahkan kepada pendatang asing.

Rakyat seolah olah sudah malas membuat kerja.

Yang baru buka perniagaan kecil pun memohon untuk mendapatkan pekerja asing.

Pekerja asing pula apabila sudah dapat datang ke sini untuk bekerja akan lari pula kepada majikan yang tidak regimented seperti gerai makan dan restoren kecil.

Kemudian , setelah terjadi begini , rakyat sendiri yang buat aduan terlalu ramai pekerja asing ada di negara kita, itu lah pelik nya.

Terkini, kenderaan milik rakyat tempatan pula di serah kepada pendatang asing untuk membawa nya.

Beberapa siri tangkapan  telah pun di lakukan dan didapati untuk kes kes ini.



“Isu ini sangat serius , kami akan kena kan mereka dengan denda dan akan rampas kenderaan mereka, jika ssiapa ada maklumat berkenaan hal ini , sila lapor kepada kami supaya pihak JPJ dapat ambil tindakan dengan segera” Kata Datuk Liow Tiong Lai.

Dalam hal seperti ini Datuk Liow sangat marah kerana ada pemandu pemiik PSV sanggup menyerahkan hak nya kepada orang lain.

“Lesen itu untuk kegunaan mereka , dan lesen itu (PSV)  tidak seharus nya bertukar tangan , kami tidak akan teragak agak untuk kena kan penalti yang berdasaran undang undang tehadap mereka” kata Liow.

Perkara diatas telah di nyatakan oleh Datuk Seri Liow sebagai Menteri Pengangkutan ketika diwawancara oleh pemberta berkenaan 173 warga asing telah di tahan dalam operasi antara 28 Nove sehingga 19 Disember lalu.



Begitu dasyat nya perangai dan tabiat rakyat Malaysia  sehingga hak mereka pun mereka sanggup jual kepada warga asing.

Dalam tangkapan itu sejumlah 86 dari pendatang ini di tangkap sedang memandu kenderaan komersial dan sejumlah 60 dari mereka membawa kenderaan berat seperti lori lori.



Jika hendak kata tiada kerja , sudah pun ada kerja , cuma rakyat pemilik PSV ini mungkin pemalas lalu perdagangkan atau sewa kenderaan dan PSV kepada rakyat asing.

Pesalah dalam hal ini termasuk 20 pendatang asing yang telah pun di serah kan kepada Jabatan Imigresen.

Liow juga turut memberi komen berkenaan keperluan memenuhi kekosongan seramai 3,000 pemandu bas, Datuk Liow berkata kementerian nya sedang melihat cara untuk skim latihan yang lebih kurang sama dengan pemandu lori

“Dengan keperluan yang ujud untuk pemandu bas , kita juga akan melihat cara membentuk skim latihan yang sama “ kata Liow.

Dalam hal yang sama , Operator Bas Pan Malaysia menyatakan bahawa masalah tenaga muda adalah kursus bas yang  mereka perlu bayar untuk melayak kan mereka untuk mendapat PDV dan juga lesen memandu kelas E.

Ini menurut Liow telah dalam perhatian nya.

Maka pada kesimpulan nya peluang telah di beri kepada rakyat untuk melaksana tugas tetapi ramai juga yang tidak jujur atau pun malas  lalu menyerah kan kenderaan mereka kepada warga asing.

Apabila tindakan di ambil, sering kali mereka berkata tidak adil dan pihak berkuasa berlaku zalim.

Persoalan, siapa sebenar nya yang zalim pada diri sendiri? Penguatkuasa atau rakyat?



No comments:

Post a Comment