Wednesday, 18 January 2017

Jangan Risau, Larangan “Kap Chai” Masuk KL Belum Pun Dibuat Kajian - Tiong Lai



Memang lah apabila ada saranan tiba tiba motosikal jenis “Kap Chai” tidak boleh masuk ke dalam bandar Kuala Lumpur, ramai yang melenting dan marah.

Walau pun ia hanya saranan dan cadangan sahaja yang belum pun ada apa apa penentuan di kait kan , tetapi akibat jumlah mereka yang terbabit yang menggunakan KC terlalu ramai , maka riuh nya tentu lah tersebar luas.

Malah ada juga beberapa portal dan media yang membuat laporan seolah olah ia akan dilaksana kan serta merta.



Paling tidak pun implementasi nya dalam masa 8 sehingga 10 tahun.

Itu pun syarat terkait ada lah kajian tambang dan infrastruktur  pengangkutan awam sudah bersedia menerima bebanan penunggang KC ini.



Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow berkata bahawa ia perlu kajian untuk menentu kan pengeluaran asap dan bahan bakar berkenaan  impak emisi  nya kepada persekitaran  dan kualiti udara.

Kajian berkenaan ini pula akan dilakukan oleh kementerian nya melalui PUPAKOM.

Buat masa ini Puspakom hanya membuat kajian terhadap tahap pengeluaran bahan melalui  ekzos untuk kenderaan persendirian dan komersial sahaja dan bukan nya motosikal seperti Kap Chai , kata Liow.

“Belum ada polisi lagi untuk Puspakom memeriksa motosikal, tetapi kita akan melihat perkara ini seterus nya” ujar Liow.

Isu terbangkit aabila Menteri Wilayah Persekutuan Dato Seri Tengku Adnan menyarankan untuk melarang motosikal dari memasuki ke dalam bandar Kuala Lumpur.

Datuk Liow menjelaskan banyak perkara lagi perlu di selidik dan kaji sebelum apa apa keputusan berkenaan hal larangan ini boleh dilaksana kan.

Di beberapa bandar di banyak negara terutama nya bandar di negara Eropah telah pun mempraktik kan larangan ini, tetapi berlatar belakang kan sistem pengangkutan awam yang sudah menjamin sebagai “reliable”.

Namun ada juga negara Asean seperti Myammar telah melaksana kan larangan tetapi terhad kepada kawasan terpilih dan tertentu sahaja.

No comments:

Post a Comment