Friday, 13 January 2017

"Saya Mohon Maaf Kepada SPAD Dan Syed Hamid' – Shamsubahrin Ismail.



Setelah sekian lama kita mendengar kritikan dan hentaman dari Pengasas Big Blue Taxi terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akhir nya semalam Saudara Shamsubahrin Ismail secara rasmi dan terbuka telah memohon maaf kepada Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar.

Dalam majlis pelancaran applikasi Big Blue 2GO e-ticketing di KLCC Shamsulbahrin menyatakan maaf nya dimana kerap kali dia menghentam dan mengkritik pihak SPAD dan Syed Hamid sebagai sasaran nya.




Shamsulbahrin menyatakan keghairahan terhadap membela urusan perkhidmatan teksi nya kerap kali membuat dia mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatut nya , hatta SPAD dan Pengerusi nya sentiasa menjadi bahan sasaran nya.

“Saya telah belajar dari kesilapan saya dan tahun ini saya mahu melupakan segala nya dan menumpu kepada masa hadapan” ujar Shamsul.

Shamsubahrin juga turut menyatakan atas ini juga beliau tidak akan meneruskan tindakan guaman nya terhadap SPAD.

Dalam ucapan balas berkenaan hal ini , Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid turut memberitahu bahawa SPAD sebagai sebuah agensi kerajaan turut sentiasa menjadi “punching Bag” oleh pemain industri.

Ini sangat di fahami dan sambil itu TSSH turut memberitahu SPAD sentiasa terbuka kepada kritikan membina dan cadangan yang baik demi transformasi industri pengangkutan.



Untuk makluman , TSSH bercakap sebagai tetamu untuk melancarkan servis Big Blue 2GO.

“Kita perlu belajar menerima kritikan atas sebab tugas kita ada lah untuk memberi kepuasan dan aspirasi kepada orang awam” kata Syed Hamid

“Apa yang kami mahu ada lah memberi yang terbaik kepada rakyat” tambah nya lagi.

Dalam waktu yang sama Shamsulbahrin mahu Syed Hamid dikekalkan di jawatan sedia ada kerana mahu seseorang yang amat mengetahui perundangan dan tidak mahu pengganti nya nanti seseorang yang tidak tahu selok belok perundangan seperti Syed Hamid.

Walaupun pihak nya telah menarik saman terhadap SPAD , namun akan terus mengambil tindakan undang undang terhadap UBER dan Grabcar dan juga pemandu teksi haram.

Dalam kenyataan berkenaan perkhidmatan e-hailing , SPAD kata Syed Hamid akan meneruskan usaha mergulasikan secara terbaik setelah pembetulan kepada akta pengangkutan 2010 PAD diselesaikan.

Maka nyata sekali , terkadang silap faham dan perasaan marah terhadap sesuatu isu itu boleh di selesaikan dengan cara berinteraksi dan berdailog dengan lebih rasional.
Semua pihak juga mahu yang terbaik, sama ada pihak pemberi khidmat teksi , mahu pun pihak yang menjaga penguatkuasaan dan pemantauan seperti SPAD.

No comments:

Post a Comment