Wednesday, 4 January 2017

Tiada Halangan Jika SPRM Mahu Siasat Puspakom – Kementerian Pengangkutan





Desas desus berkenaan Puspakom konon nya ada banyak kerja bawah meja dan akan mudah meluluskan sesuatu kenderaan jika harga nya kena pada tempat sudah lama didengari.

Tetapi sama ada benar atau tidak cerita berkenaan itu , masih belum ada sesiapa yang dapat mengesahkan nya.

Bahkan jika ada terbabit kemalangan terutama yang melibatkan banyak nyawa , maka seperti biasa tuduhan liar akan sentiasa berlegar , seperti kenderaan tidak sesuai dan tidak lengkap keselamatan telah melepasi pemeriksaan Pupakom dan sebagai nya.

Selain dari itu, tuduhan penguatkuasa tidak serius mengenakan tindakan atau lebih teruk lagi ada yang menyatakan tidak menjalan kan tugas dengan betul.

Apa pun semua itu hanya lah tuduhan liar dan tidak berbukti.






Baru baru ini , terdengar konon nya ada “malpractice” atau pun penyelewengan tugas dikata kan membabitkan Puspakom yakni agensi dibawah Kementerian Pengangkutan.

Berita mengatakan Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM/MACC) akan membuat siasatan terhadap agensi ini di atas dakwaan yang dikatakan.

Menteri berkenaan ia itu Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan nya berkata Kementerian Pengangkutan dibawah nya tiada halangan jika SPRM mahu masuk untuk membuat siasatan.

Malah Liow menganggap tuduhan di lemparkan sangat serius dan perlu di siasat dengan segera.

“Saya amat setuju jika SPRM masuk menyiasat untuk memastikan tiada kejadian rasuah yang berlaku dikalangan kakitangan dan pegawai Puspakom” ujar Liow.

Namun dalam waktu yang sama Datuk Seri Liow percaya bahawa Puspakom  sudah melakukan banyak perkara untuk mengurangkan kejadian rasuah.

Liow membuat kenyataan di atas apabila ditanya berkenaan ada ketirisan dan rasuah yang dilakukan oleh kakitangan Puspakom apabila mereka menjalan kan pemeriksaan pada kenderaan komersial dan taxi.

Sementara itu kementerian nya sendiri sudah menubuhkan 2 unit untuk memantau sama ada rasuah ada berlaku dalam cara yang lebih komprehensif.

Kedua unit itu ada lah Unit Integriti dan Unit Audit dalaman.

“Melalui unit ini kita boleh mengenalpasti isu dengan lebih awal dan mengambil langkah pencegahan.” Kata Liow.

Dari segi isu integriti , misal nya jika terdapat sebarang keraguan berkaitan pembekalan , sesiapapun boleh melaporkan terus kepada saya atau atau menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan” kata Liow.

Begitu lah serius nya Kementerian Pengangkutan di bawah Datuk Seri Liow melihat perkara rasuah.

Ramai orang bercerita berkenaan rasuah , tetapi masalah nya ramai dari mereka tidak mahu tampil kehadapan untuk memberi kerjasama.

Pada kes Puspakom ini, jika betul ada kejadian atau unsur unsur rasuah, maka ia membabitkan nyawa penumpang kenderaan yang mungkin tidak lulus atau fit untuk berada di jalan raya.

Tindakan Menteri Pengangkutan menyatakan dia tiada halangan jika SPRM mahu masuk menyiasat menunjuk kan tiadsa siapa pun mahu membela rasuah.






No comments:

Post a Comment