Monday, 9 January 2017

Undi Lah MCA , Penting Untuk Masyarakat Cina Ada Wakil Dalam Kerajaan - Liow Tiong Lai



Parti MCA tidak seperti parti DAP.

DAP tidak perlu menghormati apa apa pun berkenaan hubungan kaum dan hubungan kepartian.

Walau pun MCA telah lama bekerjasama bersama dengan UMNO yang telah di jalin berpuluh tahun tetapi ada kala nya MCA perlu bersuara luar dari norma untuk menunjuk kan mereka masih releven kepada masyarakat Cina.

Pada mereka yang tidak memahami politik mengimbangi antara kawan dan kehendak terkadang mereka melihat MCA seolah olah sudah menjadi seperti DAP dalam tuntutan nya.

Golongan yang mengkritik ini juga lah yang akan persoal kenapa MCA gagal bawa undi masyarakat orang Cina seperti DAP?.

Maka itu lah yang dimaksudkan mengimbangi antara kawan dan kehendak.

Kita juga boleh persoal apa kah parti PAN yang berciri Islamik setuju dengan kehendak DAP untuk isu murtad dan pembebasan pilih agama?

Tentu sekali mereka menolak untuk menjawap secara jujur, pertama mereka khuatir mereka akan kehilangan undi orang Islam, dan jika mereka vokal menentang , maka pasti retak hubungan PAN dan DAP.

Maka politik alihan dan tumpu kepada serangan kepada Barisan Nasional lebih elok untuk diamalkan dari menjawap soalan yang menyukarkan pihak PAN dan PPBM.

Dalam isu MCA , sepatut nya komponen dalam BN harus fahami kedudukan MCA, di satu keadaan tuntutan ahli dan masyarakat penyokong MCA harus di layan, dan dalam satu keadaan hati komponen harus di jaga kerana ikatan persefahaman dan persahabatan terjalin kian lama.

Maka itu lah sebab nya kedudukan  MCA seperti  “walking on a tight rope” untuk mengimbangi keadaan.

Kelmarin Presiden MCA , Datuk Seri Liow Tiong Lai menyeru masyaralat Cina supaya tidak meminggirkan MCA pada PRU 14 yang akan datang.

Liow dalam kenyataan nya, menyatakan jika kaum Cina tidak mengundi MCA , maka wakil kaum Cina didalam pentadbiran kerajaan tidak akan ada.

MCA sebuah parti berprinsip , pada masa lalu pernah enggan untuk terima jawatan didalam kerajaan ketika mereka tewas teruk. Ini menunjuk kan MCA berprinsip.

Maka pendirian sama akan di buat oleh MCA pada PRU akan datang.

“Jika MCA berada didalam kerajaan kami mampu untuk memberi khidmat bakti, maka undi lah kami sebagai wakil kamu dan jangan pinggirkan MCA” ujar Liow.

“Undi lah MCA supaya boleh jadi wakil dalam kerajaan dan gunakan lah kelebihan itu untuk menyelesaikan masalah kamu untuk kejayaan Malaysia” tambah Datuk Liow lagi.

MCA sebagai parti berpengalaman sekian lama sudah memahami kehendak masyarakat Cina dan sebagai sebuah parti , MCA akan memastikan kehendak itu tercapai.

“MCA masih relecven dan akan bekerjasama dengan baik bersama ahli komponen nya UMNO dan MIC demi negara dan kita semua mahu Malaysia yang aman dan parti yang mewakili pelbagai kaum bekerjasama” kata Liow.

Masyarakat Cina kata Liow harus melihat secara total bagaimana MCA telah memberi khidmat bakti kepada kaum masyarakat Cina seperti pembinaan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman dan Koperasi Jayadiri Malaysia Bhd sebagai contoh.

MCA juga melihat dari sudut masyarakat pelbagai kaum serta inklusif didalam pendirian nya.

Atas sebab sikap kerjasama bersama parti lain di dalam Barisan Nasional lah MCA mengambil pendirian tidak menjadi chauvinis. MCA amat berbangga berkenaan formula yang dijalankan dalam Barisan Nasional.

Selepas PRU13 yang lalu , MCA sudah pun kenal pasti kelemahan dan kesilapan mereka dan telah berusaha untuk memperbaiki nya.

Kita boleh melihat kepada peningkatan undi masyarakat Cina di 2 PRK dan di PRN Sarawak yang lalu.

Datul Liow sebagai Presiden MCA turut memberitahu bahawa MCA sudah pun berubah dan meyakin kan masyarakat Cina bahawa MCA yang bertambah baik dan kukuh ada lah MCA yang kuat.

Memang betul pun hal ini kerana MCA sudah selesai kan masalah kepimpinan dalaman dan semua ahli bersetuju MCA yang berpecah tidak ada kebaikan kepada sesiapa ahli pun.

Sambil itu wakil MCA sudah pun turun kebawah untuk menjawap banyak persoalan yang di bawa oleh siber trooper pembangkang dan kini menumpukan kepada menjawap tomahan mereka satu persatu.

Datuk Liow juga fokus kepada menjawap dan mahu masyarakat Cina mengetahui bahawa MEDIA SOSIAL ada lah landasan terbaik untuk kritikan membina untuk membina sebuah negara.

“Pembangkang seperti DAP sudah banyak kehilangan kredibiliti mereka” kata Liow.

Cara terbaik untuk menyelesaikan isu bill persendirian yang di bawa oleh Haji Hadi ada lah dengan MCA menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri DS Najib Razak dan menteri kabinet, ujar Liow.

Itu lah jalan yang di pilih oleh MCA didalam negara demokrasi dimana semua pihak ada hak untuk bersuara pendirian masing masing.

No comments:

Post a Comment