Tuesday, 14 February 2017

Cara Penyamaran Akan Di Guna Kan Untuk Cekup Teksi Moto Dego Ride



Seperti biasa isu yang sedang hot ketika ini ada lah penggunaan teksi moto di bawah kendalian Dego Ride.

Apa yang menarik nya ia seakan akan kisah Uber dan Grab mula dahulu, di mana setelah ia popular di kalangan rakyat baru lah isu perundangan dan regulasi muncul.

Pada kisah Grab dan Uber , banyak juga langganan didapati oleh kedua perkhidmatan ini, namun risiko nya ada lah apabila sesuatu terjadi.

Walaupun Teksi tradisi juga banyak hal nya seperti pemandu yang tidak ikut perundangan dan enggan menggunakan meter, namun “mereka” ini dari kalangan pemandu yang sudah di ketahui latar belakang nya, ini tidak seperti Uber dan Grab masa mula beroperasi.

Apa pun itu kisah e-hailing teksi, kini yang menjadi bualan dan perbincangan adalah perkhidmatan versi motosikal pula.

Dego Ride yang sudah di ketahui beroperasi sebenar nya belum mendapat kelulusan mana mana pihak penguasa.

Dalam erti kata lain mereka mengambil wang dari pelanggan secara perkhidmatan yang belum di luluskan secara sah.

Walaupun begitu, mengikut CEO Dego Ride , Nabil Feisal perkhidmatan nya tidak tertakluk kepada perundangan jalanraya dan boleh meneruskan aktiviti perkhidmatan nya.

Namun , Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu bahawa perkhidmatan ini belum di regulasi kan dan belum mendapat kelulusan.

Dan Datuk Liow menyatakan pihak autoriti seperti bahagian penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus melakukan operasi mengesan teksi moto ini secara penyamaran anggota mereka.

Cara penyamaran ini sangat berkesan ketika mula mengesan kereta Grab dan Uber dan kini akan di laksana kan kepada Dego Ride yang belum mendapat kelulusan lagi.

“Jangan cabar perundangan negara, kita akan lakukan secara serta merta” kata Liow.

Menurut Liow hal ini termaktub di bawah akta pengangkutan jalan 1987 dan akta pengangkutan darat 2010.

Kementerian tidak mengalak kan cara transportasi awam menggunakan motosikal kerana terlalu banyak kemalangan membabitkan motosikal.

Ini ternyata satu risiko yang dihadapi oleh penumpang yang melanggan perkhidmatan ini yang belum lagi di luluskan.

Sememang nya pemandu dan pembawa motosikal d negara kita tidak seperti di negara lain.

Di negara kita terkadang mereka tidak hirau kan keselamatan dan mengutama kan kelajuan yang tidak berhemah, hatta Malaysia paling banyak sekali berlaku kemalangan maut berkaitan penunggang dan penumpan motosikal.

Istilah Mat Rempit juga hanya ada di negara kita.



Di negara seperti Vietnam dan Indonesia ,walaupun banyak terdapat motosikal di bandar, mereka memandu tidak seperti budak budak di negara kita yang sering membawa laju tidak tentu arah.

Maka ada asas mungkin  golongan ini yang menjadi pembawa Dego Ride,

Untuk pemeriksaan fakta , pada Operasi Selamat baru baru ini rekod menunjukan 60% dari sejumlah 257 kemalangan ada lah membabitkan motosikal di mana seramai 151 dari mereka menerima ajal di jalan raya.



Pemandu motosikal Malaysia sememang nya tidak seperti negara negara lain.

Untuk makluman,  perundangan dalam negara memastikan seseorang harus memiliki lesen yang d luluskan oleh SPAD untuk beroperasi dalam urusan pengambilan penumpang.

Maka kebimbangan yang di nyatakan oleh Datuk Seri Liow ada asas nya memandang jumlah kemalangan membabitkan motosikal amat tinggi.

Apa pun nasihat Datuk Seri Liow sebagai Menteri Pengangkutan, kepada mereka mereka yang berkenaan, usah cabar undang undang negara, jika belum di izinkan mereka tidak perlu meneruskan perkhidmatan dahulu.

Ketika belum ada kemalangan membabitkan teksi moto semua nya okay sahaja, bayangkan apabila sudah ada kematian , siapa kah yang akan di persalah kan? Bagaimana urusan insuran dan perundangan. Bukan sahaja hal kemalangan, tetapi bagaimana pula dari sudut keselamatan?

Apa akan jadi jika pembawa teksi moto itu ada rekod jenayah atau membawa penumpang ke destini lain pula untuk di rompak atau lain lain. Kerana rekod latar belakang dan profil mereka belum ujud secara rasmi di pihak penguatkuasa,.

Ini lah yang harus di fikirkan dahulu.

No comments:

Post a Comment