Wednesday, 22 February 2017

Kementerian Pengangkutan Ada Kuasa Dan Hak Untuk Larang Dego Ride.



Benar juga kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, apabila memberitahu bahawa Kementerian nya senitasa melihat sesuatu isu dari sudut keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Sehingga kini, Kementerian Pengangkutan berpendapat bahawa perkhidmatan Teksi Moto Dego Ride harus di larang dari beroperasi.

Namun , kata Liow , jika kabinet dan kerajaan berpendapat perkhidmatan teksi Moto Dego Ride itu  harus di buat kajian terlebih dulu untuk membincangkan nya, maka selagi ia belum di buat kajian , ia tetap tidak di izinkan beroperasi.

Liow Tiong Lai sebagai Menteri Pengangkutan memberi kenyataan ini atas respon kepada apa yang di nyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Hajah Nancy Shukri , berkenaan perkhidmatan Dego Ride yang belum di putuskan.

Nancy ada menyebut bahawa keputusan berkenaan Dego Ride belum di putuskan lagi.

Dalam pada itu , Datuk Liow juga berpendapat apa apa yang di putuskan harus di bincang dahulu didalam mesyuarat kabinet, dan selagi ia tidak di putuskan dalam mesyuarat , maka Kementerian Pengangkutan mengangap nya sebagai muktamad  dengan keputusan sebeum itu.

“Mesyuarat kabinet ada lah tempat terbaik untuk berbincang berkenaan isu ini” ujar Liow.

“Apa pun Kementerian Pengangkutan sudah pun membuat keputusan berkenaan ini dan ia nya tetap tidak membenarkan Dego Ride beroperasi” ujar Liow

Kementerian Pengangkutan amat mengambil berat dengan jumlah besar kemalangan membabit kan motosikal, maka atas sebab itu lah enggan meluluskan nya.

Sehingga kini 62.7% kematian di jalanraya adalah membabitkan mereka yang menunggang motosikal.

“Asas keputusan yang di buat oleh Kementerian ada lah berdasar kan statik ini, dan membenarkan Dego Ride beroperasi akan mengakibatkan lebih banyak kemalangan berkaitan motosikal.” kata Liow.

Liow juga mengaitkan akta jalanraya di mana motosikal tidak di benar kan untuk dijadi kan pengangkutan awam.

Keptusan di buat kementerian nya ada lah muktamad dan tetap.

No comments:

Post a Comment