Monday, 20 February 2017

Makmal Transformasi Bas Ekpress Di Lancar - Pemandu Wanita , Harga PSV Antara Perbincangan.


Telah berlansung hari ini apa yang dipanggil sebagai lab kajian “Makmal Transformasi Bas Ekspress” yang dilancarkan di Pusat Konvensyen Sime Darby , Kuala Lumpur.
Banyak perkara telah di ucap kan dan di sampaikan. Antara nya Kerajaan akan membincangakan secara mendalam dengan industri player pengangkutan awam berhubung langkah yang boleh diguna bagi mengurangkan kemalangan jalan raya yang melibatkan bas bas ekspres.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah-langkah perlu diambil bagi menyelesaikan hal ini kerana ia ia membabitkan  nyawa penumpang dan orang ramai serta pengguna jalan raya yang lain.
Turut di bicangkan ada lah hal berhubung kekurangan pemandu bas yang kini dialami oleh kebanyakan syarikat bas ekspres.

Sebagai Menteri bertanggung jawap Hajah Nancy Shukri turut menyedari perkara ini selepas mengkaji semua kemalangan-kemalangan yang berlaku dan mendapati kebanyakannya pemandu  yang sudah letih dan telah memandu lebih dari 24 jam.
Mahu kejar elaun yang banyak dari syarikat juga ada lah faktor kepada hal ini kerana pemandu yang mahu elaun lebih selalu nya tidak mahu ada “co-driver” (pemandu kedua).

Maka atas sebab ini lah kata nya di tubuhkan dan di lancarkan  Makmal Transformasi Bas Ekspress.
Menurut Nancy, perbincangan juga turut menjurus kepada aspek latihan yang wajar diberi oleh pihak syarikat kepada pemandu-pemandu bas ekspres dan kesediaan mereka untuk menawarkan jawatan kepada wanita untuk diambil bekerja sebagai pemandu.
“Saya fikir wanita juga boleh diberi peluang untuk menjadi pemandu sekiranya jarak perjalanan tidak terlalu jauh.
“Ini bagi mengurangkan jumlah pemandu (lelaki) pada masa sekarang ini yang kebanyakannya telah berusia lingkungan 50 hingga 60 tahun,” ujarnya.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut terbabit dalam hal merencanakan makmal ini bersama juga dengan Polis Diraja Malaysia.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, rumusan menerusi perbincangan yang berlangsung selama lapan minggu itu akan dibawa ke Kabinet untuk diputuskan.
Ini kerana kabinet perlu dahulu meluluskan nya kerana ia melibat kan kos perlaksanaan dimana kabinet perlu menentukan nya nanti.
“Industri akan datang (diserahkan) kepada kerajaan dan itu adalah peluang buat mereka. Bila kerajaan putuskan macam teksi SPAD boleh selesaikan dan menteri akan bincang di Kabinet.
“Kita tunggu dulu hasil daripada makmal ini dan lepas itu kita baru bincang bersama dalam Kabinet. Sebab bila ia menggunakan kos ia perlu dikaitkan dengan perancangan kewangan,” jelas Syed Hamid.
Untuk makluman , makmal ini yang akan berlangsung selama 6 minggu (tambahan 2 minggu sekira nya perlu)
Makmal ini secara asas nya merupakan sebahagian daripada usaha SPAF untuk menjalinkan kerjasana dengan kesemua kementerian agensi , Persatuan dan pemegang kepentingan yang terlibat untuk bersama sama mencari penyelesaian yang terbaik bagi pemasalahan yang di hadapi serta meningkatkan taraf industri bas ekspres.
           
5 kategori  telah di kenal pasti bagi kelicinan makmal ini :-

  1. Model perniagaan
  2. Keselamatan standard dan teknologi
  3. Kebolehcapaian
  4. Sumber tenaga & kepakaran pemandu
  5. Strategi lautan biru Nasional & komunikasi
Permasalahan permasalahan Industri akan di masukkan kedaam kategori kategori tersebut.
Apa yang menarik dari kenyataan Hajah Nancy ada lah keenganan kerajaan untuk mengambil orang luar (warga asing) dan mahu kan orang muda tempatan menjadi pemandu bas kerana kebanyakan yang ada di pasaran berusia 40 hingga 50 tahun.

Wanita juga turut mahu di latih untuk menjadi pemandu bas ekspres bagi pemanduan jarak pendek dahulu sebelum dilanjutkan kepada pemanduan jarak jauh,” kata Hajah Nancy.
Begitu juga dengaan usaha menstrukturkan semula kadar gaji pemandu bas jug perlu diteliti semula supaya tidak lagi berpandukan kepada bayaran mengikut jumlah perjalanan.
Begitu lah rumusan yang di nyatakan pagi tadi pada pelancaran lab bas ekspres ini.
Mcam macam kerajaan lakukan dan semua nya kerana mahu menjayakan transformasi pengangkutan yang dicadang dan di pelopor kan oleh Perdana Menteri datuk Seri Najib Razak.





.

No comments:

Post a Comment