Thursday, 2 February 2017

MCA Tekad Rampas Semua Kerusi Yang Pernah Di Menangi Nya Kata Wee Ka Siong



Kedudukan pilihanraya kecil yang lalu di Sg Besar dan K.Kangsar nampak nya memberi kekuatan dan tekad kepada MCA untuk terus bekerja kuat.

Pada kedua pilihanraya kecil itu terlihat ada unsur unsur kembali nya masyarakat Cina mengundi MCA.

Maka seharus nya lah keputusan itu membuat MCA lebih bersemangat untuk menawan kerusi kerusi nya yang terlepas ketangan pembangkang seperti DAP.

MCA yang duduk dibawah Barisan Nasional sebenar nya tidak mahu mendapat undi dan kepercayaan masyarakat Cina dengan cara ekstrim yang di lakukan oleh DAP.

MCA mengamalkan pendirian moderate ia itu kesederhanaan dan menghormati kaum kaum lain di dalam Barisan Nasional maka ada batasan dan terhad di dalam cara MCA menanangi masalah masalah dan isu tertentu.

Terkadang , kaum lain tidak memahami pendirian MCA yang tidak suka berkonfrantasi dengan parti di bawah satu bumbung namun jika MCA bersikap berdiam diri, maka paksi sokongan nya dari masyarakat Cina akan terpengaruh dengan dakyah DAP bahawa MCA hanya menjadi parti “suruhan” UMNO dan MCA kehilangan undi dari kaum Cina.

Dilain sudut pula, jika MCA mahu memikat pengundi Cina , maka MCA terpaksa menunjuk kan bahawa MCA peka kepada kehendak masyarakat Cina, lalu mereka yang di dalam komponen terutama nya kaum Melayu menyatakan MCA sudah mahu jadi lidah DAP pula.

Maka jadi lah situasi nya “Damn if you do damn if you dont”.

Beberapa hari lalu Timbalan Presiden MCA Datuk Wee ka Siong ada menyatakan bahawa MCA bertekad mahu merampas semula semua kerusi yang pernah dimenangi nya yang kini di tawan oleh pembangkang.

Datuk Wee berkata MCA harus menambah gandakan usaha supaya kerusi itu dapat ditawan semula.

“Nasihat saya kepada calon parti MCA adalah jangan ambil ringan terhadap pengundi dan isu isu setempat dalam komuniti mereka, ia amat penting untuk di layan” ujar Wee.

MCA juga akan mula bertemu dengan para pengundi untuk mendidik mereka berkenaan hak hak mereka berkenaan undi.

Pada PRU lalu , kata Datuk Wee ramai tidak tahu pun cara undi dan hal ehwal pengundian dijalankan.

Maka apabila ada khabar angin dan laporan palsu dari pihak pembangkang berita itu terus di terima bulat bulat akibat tidak ada pengetahuan asas berkenaan cara pengundian di uruskan, kata Wee.

Wee juga sempat bercerita bagaimana pihak pembangkang begitu mudah menipu rakyat berkenaan 40,000 pengundi Bangla.

Ini ujar Wee akibat tidak tahu berkenaan sistem undi dan cara nama nama di daftar dan kertas nama di uruskan.

Seolah olah amat senang sesiapa pun bawa kad pengenalan atay Mykad palsu dan terus mengundi.

Sedang kan kena melalui beberapa peringkat saring nama, entah bila nama pengundi Bagla itu boleh di selit kan kerana penjumlahan pada nama yang sudah digariskan dengan jumlah kertas pulangan mesti tally.

Akibat jahil berkenaan ini lah ramai terpedaya.

Menurut Datuk Wee ada juga warga negara Malaysia yang di halang mengundi walau ada mykad dan sah rakyat Malaysia hanya sebab syak wasangka mereka ada lah rakyat Baglsadesh.

Kini , ada pula cerita dongeng berkenaan 700,000 warga dari negara China dapat mengundi.

Tidak masuk akal nama mereka di senarai kertas undi diselitkan , tentu sekali setiap parti boleh memeriksa pertambahan nama dan dari mana nombor Mykad mereka datang,

Jika mereka pergi mengundi nama siapa yang akan di pangkah ? tidak kah kertas undi yang di beri akhir nya tidak sama dengan jumlah nama yang sudah di pangkah?

Akhir nya semua tertipu, seorang Bangla pun tidak berani datang dan hadhir ke pusat undi.

Datuk Wee berkata MCA kini sudah bersedia dan kesemua 191 bahagian nya dan 4,000 cawangan nya seluruh negara sudah mula siap  siaga dan memperkukuhkan jentera mengundi nya.

No comments:

Post a Comment