Friday, 3 February 2017

Operasi Kendalian SPAD - Ops Serkap , 53 Bas Kantoi.


Tentu ramai sudah tahu berkenaan pemberitahuan kami berkenaan operasi yang akan dilaksana kan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada musim perayaan seperti Tahun Baru China seperti tajuk di bawah ini :-
Operasi SPAD Sempena Tahun baru Cina, Jalanraya Dan Terminal Di Pantau
Namun setelah dimaklumkan pun ramai juga pemandu dan bas mereka yang terkantoi dan ditahan kerana melanggar pelbagai kesalahan
Dalam operasi yang dijalan kan itu , di terminal TBS sejumlah 53 buah bas telah di tahan dan di kena kan tindakan.
Bas bas yang di tahan kerana melanggari pelbagai kesalahan terpaksa menghadapi tindakan mengikut kesalahan masing masing.
Kenyataan berkenaan penanahan bas bas ini di buat oleh CEO SPAD sendiri ia itu Mohd Azharuddin Mat Sah.
Antara kesalahan yang didapati ada lah tidak memiliki permit yang sah dan juga tidak akur kepada prosidur operasi atau pun Standard Operating Procedure. (SOP).
Selain itu SPAD juga telah memantau penjualan tiket oleh ulat tiket dimana mereka mereka ini sering menipu penumpang.
Penumpang juga telah sering kali di beritahu supaya membeli tiket di kaunter penjualan dan bukan dari ulat tiket.

Ops Serkap yang telah bermula pada 21 Januari dan akan berakhir pada 5 haribulan Februari bermatlamat melindungi penumpang dan pengguna dari di tipu oleh pihak tertentu didalam penjualan tiket dimana bas nya tidak ujud dan selain dari itu mengawal operator bas dan juga bas bas yang tidak “road worthy” yang merupakan ancaman kepada penumpang jika ia digunakan.
Selain dari itu pemeriksaan juga di lakukan terhadap pemandu bas dari membawa bas jika mereka di pengaruhi dadah atau pemandu yang tidak ada lesen yang sah.

No comments:

Post a Comment