Sunday, 12 February 2017

Pengendali Moto Teksi Dego Ride Perlu Ada Lesen Dahulu Sebelum Boleh Beroperasi - Liow



Nampak nya ramai pengguna yang melanggan teksi motosikal Dego Ride berada dalam bahaya kerana perkhidmatan yang mereka gunakan belum lagi mendapat kelulusan.

Boleh di kata kan mereka ini melanggan teksi motosikal ini atas risiko sendiri “ride at your own risk”.

Masalah rakyat Malaysia ada lah mereka suka membuat sesuatu tanpa kelulusan dahulu dan apabila terjadi sesuatu baru lah mereka mahu pihak berkuasa masuk campur,

Namun bagi hal moto teksi ini menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow telah memberi tahu bahawa buat masa ini perkhidmatan Dego Ride belum lagi diluluskan.

“Anda perlu kan lesen dahulu sebelum beroperasi kerana ia membabitkan keselamatan awam” kata Datul Liow.

“Apabila anda mula mengenakan bayaran, ia sudah menjadi teksi awam dan kami boleh mengenakan syarat perundangan terhadap teksi berkenaan” tambah Liow.

Liow menjelaskan sedemikian atas membalas kenyataan tuan punya syarikat teksi motosikal itu ia itu Nabil Feisal Bamadhajs yang berkata syarikat teksi moto nya tidak perlu kan lesen dari kementerian Pengangkutan untuk beroperasi.

Nabil , yang berperanan sebagai CEO Dego Ride , berpendapat syarikat nya akan terus beroperasi atas sebab tiada terdapat undang undang yang boleh menghalang syarikat nya meneruskan operasi.

Bagi pihak Kementerian Pengangkutan pula, Datuk Liow berkata beliau telah menerima banyak panggilan dari pelbagai NGO yang  peka dengan keselamatan yang di beri oleh teksi Dego Ride.

“Kami risau akan terdapat banyak kemalangan membabitkan perkhidmatan teksi moto ini” kata Liow.

“Jika Dego Ride ada menghantar cadangan berkenaan perkhidmatan mereka kepada Kementerian untuk mohon beroperasi, Kementerian pasti akan mengkaji nya , tapi sehingga kini ia ada lah perkhidmatan yang tidak sah di sisi undang undang” Kata Liow

Apa pun kerajaan sedang giat mengambil langkah memperbaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.

Kelmarin pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (IPJ)  juga ada memberi kenyataan bahawa servis teksi moto hanya boleh beroperasi jika mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sahaja.



JPJ pula telah di beritahu bahawa syarikat servis teksi moto yang terbabit bercadang untuk memohon permit untuk beroperasi dari SPAD.

Maka jelas sekali ia baru di peringkat mahu memohon, dan sebelum di luluskan ia tidak sah digunakan.

Apa apa kemalangan atau insiden yang terbabit dari servis ini ada lah tanggungjawap mereka yang melanggan nya selagi ia belum di beri permit dan di letak bawah akta tertentu.

No comments:

Post a Comment