Sunday, 26 February 2017

Projek KVDT Fasa 1 (Naik Taraf Landasan Berkembar) Terus Lancar Mengikut Jadual



Usaha meningkatkan mutu pengangkutan awam sejajar dengan Transformasi Pengangkutan Awam nampak nya berjalan lancar “according to schdule”.


Sebelum ini kita telah menyaksikan bagai mana kemajuan projek berkait HSR dan MRT telah dilaksana kan dengan jaya nya. Ia antara pelbagai “mode” pengangkutan awam yang dimajukan dan diusahakan oleh kerajaan bagi menggalak kan rakyat menggunakan pengangkutan awam.

Terkini , Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) sudah pun mencapai 28 % dari jadual  dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2019.



Projek yang melibatkan kos RM1.4 billion  telah bermula sejak pertengahan tahun lalu yang membabitkan landasan sejauh 42 kilometer di antara jajaran Rawang-Salak Selatan dan Sentul-Simpang Batu.


Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata, projek itu membabitkan kerja-kerja naiktaraf 16 stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), sistem isyarat, elektrik dan pemasangan sistem radio metra.



Beliau telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Menaiktaraf Landasan Keretapi Lembah Klang (KVDT) untuk Fasa 1 Rawang - Kuang bagi melihat progress berkenaan kerja kerja projek ini.

Azharuddin berkata demikian pada sidang media di tapak projek di Rawang, Selangor, Jumaat.
Menurut Azharuddin lagi, walaupun ada kalanya berlaku kelewatan kerana beberapa faktor, dia yakin projek berkenaan akan siap mengikut jadual.


"Memang ada tergendala seketika kerana faktor cuaca dan teknikal tetapi saya yakin kontraktor yang bertanggungjawab, Dayamaju Infrastructure Asia Sdn Bhd (DMIA) boleh menyiapkannya mengikut jadual," katanya.


Ditanya sama ada perkhidmatan MRT dan penambahan laluan LRT akan menjejaskan jumlah penumpang komuter, Azharuddin berkata sebaliknya akan berlaku.
"Pada ketika ini kira-kira 100 ribu penumpang menggunakan perkhidmatan tren setiap hari. Kita sasarkan jumlah itu akan meningkat lima peratus setiap tahun. Ia akan bertambah lagi sebaik projek ini siap.
"Apabila siap, kita akan meningkatkan kekerapan perkhidmatan dan penumpang akan merasa lebih selesa. Walaupun projek berjalan, perkhidmatan pada waktu puncak tidak terjejas, iaitu setiap 15 minit.
"Tetapi perkhidmatan ketika bukan waktu puncak akan terjejas sedikit dengan projek ini. Saya harap penumpang akan bersabar. Menjelang 2019 perkhidmatan akan jadi jauh lebih baik," katanya.



Pasti sekali , apabila ia nya siap, projek ini akan memberi manfaat kepada ratusan ribu rakyat yang terbabit terus dengan laluan nya.

Program Transformasi Pengangkutan Awam bukan kata kosong dari Perdana Menteri, ia di buktikan dengan siap nya infrastruktur sebagai yang kita lapor ini , dan projek ini berpaksi kan rakyat untuk rakyat dari kerajaan yang mereka pilih.

No comments:

Post a Comment