Thursday, 16 February 2017

SPAD Akan Bertindak Terhadap Dego Ride Kerana Beroperasi Tanpa Lesen




Isu teksi moto semakin hangat apabila Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar memberitahu bahawa operasi Dego Ride beroeprasi tanpa permit.


TS Syed Hamid berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tiada kuasa untuk menghentikan perkhidmatan teksi motosikal yang di usahakan oleh pengendali nya Dego Ride yang kian popular dan dikalangan masyarakat sebab tiada peruntukan undang undang untuk bertindak keatas nya.


Namun, Pengerusi SPAD bagaimana pun berkata pengendali nya harus bersedia untuk untuk menghadapi tindakan undang undang kerana beroperasi tanpa lesen.


“Saya suka kepada kreativiti yang diusahakan oleh Teksi Moto dan ia untuk mereka yang berpendapatan rendah dan idea datang dari orang muda’


“Walau bagai mana pun motosikal tidak tersenarai dalam jenis kenderaan yang di benar membawa penumpang dengan dikena kan bayaran, ia tiada dalam senarai pengangkutan awam” kata Syed Hamid.




Dalam hal sebegini Syed Hamid berpendapat keutamaan harus di beri kepada ciri ciri keselamatan dan juga perlindungan insuran kepada penumpang.


“Untuk SPAD memperkuatakuasa kan undang undang juga amat sukar kerana ada 13 juta motosikal dalam negara ini dan kita tidak boleh menahan setiap motosikal itu untuk menyiasat sama ada yang duduk di belakang itu ada lah penunggang yang berbayar.


Dalam waktu yang sama Syed Hamid dilihat senada dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang telah memberi amaran kepada pengendali Dego Ride supaya tidak mencabar undang undang


Dego Ride belum ada profiling berkenaan pemandu nya, entah siapa mereka dan rekod jenayah dan sebagai nya.

Penumpang mungkin melangan mereka yang ada rekod jenayah atau dadah.

Amat elok jika pengendali nya menunggu dulu kajian dari badan berkaitan setelah permohonan mengendali kan nya di serah kepada SPAD.


Sambil itu semua perkhidmatan di hentikan dahulu sebelum keputusan dan kajian dibuat.


Masyarakat kita yang bertabiat suka menuding jari terhadap badan penguasa setiap kali ada kemalangan juga harus berhenti melanggan Dego Ride sehingga ia di luluskan.


Sementara belum ada insiden yang tidak baik semua nya akan macam biasa, namun jika ada kejadian seperti rompakan, pukul , rogol atau penipuan , baru lah masyarakat tuding jari kepada penguasa.

No comments:

Post a Comment