Friday, 17 February 2017

Tempoh 7 Hari Untuk Teksi Moto Dego Ride Jumpa Kementerian



Kementerian Pengangkutan telah memberi tempoh tujuh hari sebagai tempoh kepada syarikat pengendali teksi motosikal Dego Ride untuk  membawa penjelasan kepada pihak kementerian berkenaan perkhidmatan yang mereka berikan.

Menteri Pengangkutan Dato Seri Liow Tiong Lai menjelaskan bahawa kementerian nya tegas dalam hal ini dan berpendapat perkhidmatan ini amat merbahaya dan berpendirian mahu mengharamkan perkhidmatan ini.



Dalam masa yang saman Kementerian Pengangkutan juga mahu Jabatan Pengangkutan Jalan memangil wakil syarikat terbabit untuk datang kepejabat JPJ dan memberi penjelasan mereka berkenaan hal ini.

Selain itu  CEO kepada Dego Ride Nabil Feisal  mahu diadakan pembahasan berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat nya.

Syarikat yang mula beroperasi pada bulan November tahun 2016 sebenar nya beroperasi tanpa kelulusan kementerian dan ia nya ada berpotensi menjadi masalah kerana belum ada perundangan dan peraturan yang sah kepada isu bakal berbangkit seperti kemalangan dan insuran.

Ini semua bakal menjadi masalah jika berlaku pelbagai perkara , dan pasti sekali kerajaan juga nanti akan di persalah kan.

Datuk Liow juga berkata pada dasar nya kerajaan tiada berhasrat mahu meluluskan nya memandang kan di Malaysia kematian kemalangan di jalanraya majoriti nya membabitkan penunggang motosikal.

Malah Malaysia antara negara paling tinggi kadar kematian jalan raya berkait motosikal.

Untuk maklumat, 60% kematian jalanraya ada lah penunggang motosikal.

Bagi pihak Dego Ride pula Nabil Feisal berkata pihak nya sedang membuat rayuan supaya saman terhadap penunggang nya dibatalkan,

JPJ telah menahan pembawa teksi moto dalam operasi mereka dan mengenakan saman dan atas sebab itu Nabil mahu menulis surat rayuan untuk pembatalan saman.

CEO Dego Ride ini juga di khabarkan telah mengarah sejumlah 6,000 pembawa teksi moto ini supaya berhenti memberi perkhidmatan serta merta diatas sebab arahan dari pihak JPJ.



Maka banyak syarat dan perundingan perlu di jalan kan terlebih dahulu, bah kan kajian juga harus di adakan sebelum perkhidmatan ini boleh di luluskan oleh pihak berkuasa.

Penunggang motosikal di Malaysia tidak sama dengan penunggang motosikal di negara lain, Vietnam misal nya walaupun lebih ramai penunggang motosikal , namun mereka membawa dengan hemah dan teratur, tidak seperti penunggang di Malaysia yang sentiasa mahu laju dan silok menyilok yang membahayakan diri dan pembonceng.

Elok lah Kementerian memanggil pengendali Dego Ride dan menyelesaikan hal ini dengan kadar segera.

No comments:

Post a Comment