Wednesday, 22 March 2017

Apabila Pihak Lawan Mengiktiraf Najib.

Bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat mengakui Datuk Seri Najib Razak merupakan Perdana Menteri terbaik dalam sejarah negara ini.

Walaupun Najib berdepan banyak tuduhan daripada pembangkang, namun pentadbiran beliau tetap cemerlang malah jauh lebih baik berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad, katanya.

"Perdana Menteri mana yang pernah mencatatkan pasaran saham setinggi sekarang? Bila kita bercakap mengenai ekonomi, Malaysia antara yang terbaik di dunia sekarang. Tambahan penarafan oleh syarikat penilaian Moody’s dan S&P,  Malaysia di bawah pemerintahan Najib mendapat penarafan A-. Itu sudah cukup baik. Berbanding zaman Mahathir cuma taraf B. Orang ramai tak sedar perkara ini," katanya.

Tegasnya, rakyat tidak seharusnya memberi ruang kepada Pakatan yang diteraju Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk mentadbir negara sebaliknya perlu terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) mentadbir Malaysia.

"18 tahun berpoliitik dan saya tidak suka cara DAP berpolitik. Sebab itu saya meletak jawatan dalami DAP," kata Tuan Tat.

Katanya, pelbagai inisiatif telah dilancarkan oleh Perdana Menteri dan Malaysia akan terus maju sekiranya pembangkang tidak merosakkan imej negara di peringkat antarabangsa.

1 comment: