Monday, 27 March 2017

Jawapan Kit Siang , Umpama Ramalan Cuaca - Wee Ka Siong.

Apabila di persoal kerusi mana kah yang dia (Lim Kit Siang)  bakal bertanding , jawapan yang di beri oleh nya umpama ramalan cuaca, kata Datuk Wee Ka Siong.

"Jika tidak hujan mungkin hari panas , jika tidak panas mungkin hujan" begitu lah jawapan yang dia beri" kata Datuk Wee.

Kit Siang di soal oleh banyak pihak yang ingin mengetahui sama ada dia akan mempertahankan kerusi yang di sandang nya ia itu Parlimen Gelang Patah namun memberi jawapan yang tidak ada kepastian.

Seolah olah tidak mahu terperangkap dan ada opsyen lain selain dari kawasan yang dia sandang di waktu ini.

Datuk Wee memberi pandangan berkenaan kedudukan Kit Siang seperti seorang nomad yang tidak ada tempat yang tetap untuk dia bertanding dan bermasautin.

"Dia memiliki tabiat sebagai calon payung terjun" ujar Wee.

"Hanya di Ipoh Timur sahaja yang dia pernah tinggal lebih dari satu penggal dan pada kawasan lain dia hanya bertanding tidak lebihndari satu penggal" kata Datuk Wee.

"Apabila dia di cabar bertanding pada kawasan yang sama pada penggal kedua maka dia akan berdalih untuk memikirkan sama ada akan bertanding atau tidak" sambung Wee.

Keadaan yang sama kini berlaku di Gelang Patah , Kit Siang enggan komited untuk memberi jawapan sama ada dia akan pertahankan kerusi nya.

Wee meganggap Kit Siang tidak berani untuk memberi jawapan yang komited bagi soalan ini.

Didapati pada kebanyakan tempat dikawasan yang di menangi oleh Kit Siang ia itu Gelang Patah , terdapat banyak poster dan kain pemidang  di merata tempat yang mempersoal kan di mana ahli parlimen  Gelang apatah itu berada.

Memang benar penduduk di sekitar kawasan di mana Lim Kit Siang harus berkhidmat sering kali mendapati wakil mereka tidak atau jarang berada di kawasan yang dimenangi nya.

Malah dikawasan pejabat Lim Kit Siang sendiri ia itu Taman Nusa Perintis ada beberapa poster berkenaan soalan kemana pergi "Lim Kit Siang".

Antara yang tertera pada poster itu ada lah perkataan " Di mana kah Uncle Lim Kit Siang ? Gelang Patah merindui mu". Malah terdapat juga poster poster di hentian bas di kawasan itu.

Untuk maklumat semua Kit Siang sudah pernah bertanding di banyak kawasan tanpa ada kawasan  khidmat nya yang tetap.

Antara kawasan yang pernah di tandingi nya ada lah Kota Melaka , Petaling Selangor ,Tanjong di Penang, Ipoh Timur dan kini Gelang Patah.

Gesaan Datuk Wee kepada masyarakat jenis ini kah wakil yang mereka mahu kan? 

Wakil yang akan lari ke kawasan lain tiap kali merasa diri nya tidak selamat pada kawasan yang di menangi akibat tidak memberi khidmat bakti kepada kawasan itu.










No comments:

Post a Comment