Monday, 20 March 2017

Kehendak Pribumi Seragamkan Simbol Hanya Sebuah Mimpi - Tiong Lai


Parti dalam Pakatan Harapan yang kini secara rasmi menjadi sebuah komponen yang akan berhadapan Barisan Nasional pada PRU14 nanti masih didalam keadaan tidak menentu lagi.


Pada dasar nya setiap parti dalam Pakatan Harapan tidak memiliki sebarang persamaan malah amat banyak perbezaan yang ketara antara mereka.


Apa yang kelihatan sama dan seragam ada lah kebencian meluap luap terhadap Datuk Seri Najib dan mereka berkongsi tekad untuk menjatuhkan nya dan Barisan Nasional yang di pimpin oleh nya, demikian dikata kan oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.


"Keinginan Pribumi hanya satu mimpi sedih sahaja" ujar Liow


'Mereka tidak dapat capai sebarang konsensus pun bukan sahaja dari hal pembahagian kerusi , malah hal hal seperti RUU355" kata Liow.


"Malah Pengerusi Pribumi mempunyai pandangan berbeza dengan Presiden nya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin" tambah Liow.


Berkenaan permintaan dan saranan Tun Mahathir bahawa mahu seragam kan simbol dan logo Pakatan Harapan , Datuk Liow berkata berkemungkinan ia nya tidak terjadi sebelum PRU14 , bahkan selepas pilihanraya pun mungkin ia tidak  menjadi kenyataan.


Keretakan sesama mereka sudah mula kelihatan apabila tekanan dari dalam parti masing mengakibatkan ramai ahli nya meninggal kan parti.


Ini terjadi kepada parti Pribumi di Baling dan parti DAP di Melaka dan Sarawak.


Di Melaka seramai 4 ADUN dan MP mereka telah keluar parti di ikuti 182 ahli yang terdapat didalam nya 6 pengerusi bahagian.


Parti Pribumi juga menghadapi masalah yang sama di mana seramai hampir 300 ahli nya keluar parti di Kedah.


'Jalinan hubungan antara sesama parti komponen dalam Pakatan boleh lah di anggap sebagai "marriage of convenience" sahaja " kata Liow.


Ini atas sebab mereka berkongsi dan bermatlamat yang sama ia itu mahu menumbangkan BN, selain dari itu ttu tiada lansung agenda mereka yang sama.


"Pergeseran akan berterusan jika pun mereka menang " kata Liow.


Kesimpulan nya Pakatan telah membuat beberapa kesilapan pada perhitungan mereka.


Dalam keghairahan mahu menambah kan dan menarik penggundi Melayu mereka telah bersekongkol dengan Tun Mahathir , namun mendapati Tun Mahathir bukan masuk sebagai mahu membantu menumbang kan Najib dan Barisan Nasional , sebalik nya Mahathir memiliki agenda tersendiri.


Atas mengejar agenda tersendiri dan peribadi , maka Tun Mahathir sendiri telah membuat keputusan yang belum di setujui oleh komponen nya.


Malah antara saranan Tun Mahathir supaya Pakatan Harapan tidak membincangkan nama calon Perdana Menteri , Anthony Loke dari DAP pula telah mengumum kan nama Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri.


Di sini sahaja sudah terlihat potensi untuk perpecahan di hari hari mendatang.


DAP dan PKR dari pihak Anwar amat percaya bahawa muslihat Tun Mahathir ada lah nama anak nya Mukhriz ada lah sebenar nya calon idaman dalam hati Tun Mahathir dan enggan menamakan nya atas sebab kelemahan Mukhriz dalam membela diri dari serangan jika di nama kan hari ini.


Maka apa yang cuba di lakukan oleh pihak yang mengetahui akan rencana ini ia lah dengan menamakan Wan Azizah,  dan amat betul jangkaan mereka apabila Tun Mahathir dengan segera menempelak tindakan Anthony Loke.


Akhir sekali rakyat juga akan susah jika keadaan tidak menentu atas kelakuan parti di dalam Pakatan Harapan.


Benar kata Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai bahawa jika hal remeh seperti seragam kan bendera dan simbol pun mereka akan bercakaran, apatah lagi hal hal lain yang lebih besar nanti.


2 comments:

  1. Kalau dah pakatan pembangkang bermasalah kenapa perlu mca meroyan, patutnya gembira ria.

    ReplyDelete
  2. Sama juga, kalau BN ada masalah kenapa pembangkang yang susah hati

    ReplyDelete