Sunday, 5 March 2017

Masyarakat Cina Dalam Persimpangan - Persaingan Terhebat Dalam 60 Tahun - Liow Tiong Lai.



Sesungguh nya suasana politik negara sudah berubah.

Maka atas sebab itu pengamal politik juga perlu berubah , ini termasuk lah masyarakat Cina , kata Presiden MCA , Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Saya menyeru dengan nada keras kepada semua masyarakat Cina supaya mengubah daya fikir mereka untuk perubahan" Kata Liow.

"Kita tidak lagi selamat atas kedudukan simpati dari pihak lain" tambah Liow.

"Hari ini parti DAP yang sangat kuat telah datang mengambil alih wakil politik arus perdana di mana politik nasional juga telah menjadi bertambah ekstrim" ujar Liow.

"MCA harus ambil alih cara memimpin kaum Cina dengan bersatu dari dalam parti dan kemudian bersatu dengan masyarakat Cina untuk meneruskan perjuangan " kata Liow.



Liow berucap pada Majlis aniversary ke 68 MCA dengan tema "Stronger Together"

Kekuatan politik arus perdana harus kuat dan ia nya tersangat penting untuk melakarkan masa depan masyarakat Cina pada pendapat Liow.

Selama 60 tahun MCA sudah melalui buruk baik politik parti nya namun MCA tidak akan berhenti dari terus memperjuangkan masa depan masyarakat Cina.

"MCA tegas dalam perjuangan hak masyarakat Cina dan akan mempertahan kan nya seperti termaktub di dalam perlembagaan negara" kata Liow.

"Masyarakat Cina harus terima realiti politik dan mesti faham bahawa DAP tidak akan menjadi pilihan terbaik untuk mereka " tambah Liow lagi.

Mengetahui dan memahami kehendak masyarakat Cina itu satu perkara , tetapi sama ada dapat memenuhi kehendak itu ada lah perkara lain.'

Kepada Liow , DAP telah memenangi 2 Pilihanraya yang lalu atas gimik politik semata mata untuk menarik masyarakat Cina bersatu menyokong mereka.

Cara DAP itu , menurut Liow , telah mengakibatkan kuasa politik orang Cina kekurangan didalam kerajaan dan di waktu yang sama telah memberi kekuatan kepada parti PAS.

Sebagai parti kedua terbesar dalam Barisan Nasional kekuatan orang Cina telah terhakis kerana kekurangan sokongan undi orang Cina.

"Tanpa sokongan orang Cina , MCA tidak dapat menjadi setara dengan UMNO dalam Barisan Nasional" kata Liow.

"Jika MCA tidak di pertahankan oleh masyarakat Cina , pasti banyak permasalahan akan di hadapi" ujar Liow.

Untuk pengetahuan , Pada tahun 2013 , DAP telah memenangi 38 kerusi parlimen dan 95 kerusi DUN.

Maka nyata sekali tanpa MCA masyarakat Cina tidak ada suara dari dalam kerajaan dan kuasa membida akan lemah.

MCA juga terlihat tersepit antara isu dimana mereka akan tewas jika DAP menggunakan cara ekstrim dan menghasut masyarakat Cina memilih mereka sedang kan MCA pula dari dahulu lagi dalam sepakatan Barisan Nasional telah memilih jalan moderat ia itu kesederhanaan.










No comments:

Post a Comment