Thursday, 23 March 2017

Operasi SPAD - "Ops Khas Parasit " - 2 Ulat Teksi Kantoi Di KLIA



Walaupun pelbagai operasi dan tangkapan di buat oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ia tidak bermakna kegiatan melibatkan ulat ulat penarik pelanggan akan terhenti, malah ia akan tetap ada dengan cara modus operandi yang lain pula.


Pada 21 mac lalu dalam Operasi yang di buat oleh SPAD di KLIA, 2 ulat untuk meraih penumpang telah dapat di tahan.


Dalam operasi yang di beri nama “Ops Khas Parasit” yang bermula pada pukul 10 pagi , sejumlah 13 Anggota Penguatkuasa SPAD telah menjalan kan tugas di sekitar Terminal KLIA 2 Sepang, Selangor.


Operasi bertujuan mencegah aktiviti MEMUJUK ATAU MENDESAK/MENGULAT ada lah membabit kan mereka mereka yang merayu orang ramai untuk melanggan kereta sapu atau teksi haram.


Ini termasuk mengesan “Ulat” yang menawar perkhidmatan kepada warga asing dan mereka yang baru tiba ke dalam negara ini di KLIA2.


Dalam operasi khas ini , 2 lelaki telah berjaya di tahan atas kesalahan kerja ulat ini. Kedua dua mereka ada lah warga tempatan yang berusia sekitar 40an yang menggunakan Toyota Innova dan teksi bajet.




Harga tawaran untuk khidmat mereka tawar untuk ke Kuala Lumpur ada lah RM 110 sehingga RM 120.


Kedua orang di tahan atau yang di syaki ini teklah pun di bawa ke mahkamah untuk pertuduhan sehari selepas di tahan.


Pertuduhan terhadap OYDS pertama iaitu Zuril B. Arif berumur 38 Tahun telah menawarkan perkhidmatan kenderaan Toyota Innova dari KLIA2 ke Regalia Residence Jln Sultan Ismail K.L kepada 1 keluarga ( 2 dewasa & 3 kanak2) warga tempatan dengan kadar tambang RM110. Beliau (Zuril) pernah sekali ditangkap dan dijatuhkan hukuman 14hari penjara & denda RM5000.00 atas kesalahan yg sama pada 10 Ogos 2016.


Bagi OYDS kedua ia itu  Tan Tiang Boh berumur 43 Tahun,  telah menawarkan perkhidmatan Teksi dari KLIA2 ke Puchong kepada 1 keluarga ( 2 dewasa & 4 kanak2) warga tempatan dengan kadar tambang RM120.


Kedua-dua mereka ini telah ditahan dilokap Balai Sepang hari ini sebelum  dibawa ke Mahkamah Sepang semalam (22/3)  untuk proses pendakwaan.


Kedua dua buah kenderaan yang di sebut tadi telah disita untuk tindakan lanjut di Bawah Seksyen 16 & 22 APAD 2010.


Amat berat juga denda yang bakal mereka bayar jika di sabit kesalahan ia itu denda tidak melebihi 50 ribu ringgit atau Penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua duanya sekali.


Harus lah di ingat dibawah  Seksyen 16 APAD 2010, Kesalahan Menggunakan Kenderaan Tiada Permit SPAD-  Denda tidak kurang dari 1 ribu ringgit dan tidak melebihi 10 ribu ringgit atau Penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua duanya dan Seksyen 22 Denda tidak kurang dari 1 ribu ringgit tetapi tidak melebihi 500 ribu ringgit atau Penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua duanya seperti dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.


Maka atas denda yang amat berat ini warga teksi dan mereka mereka yang berkenaan harus lah jauhi dari kerja kerja ini.


Apa guna menyesal dan marah kepada pihak autoriti setelah mengetahui berat nya hukuman tetapi tetap cuba mencuri curi melakukan nya.


No comments:

Post a Comment