Thursday, 9 March 2017

Pelajaran Dari Kemalangan Lalu Jadi Iktibar Dan Tindakan di Ambil - CEO SPAD



Sesungguh nya sesuatu kejadian tentu nya miliki hikmah tersendiri.

Kemalangan maut dan ngeri yang terjadi ada pengajaran yang hendak disampaikan.

Maka selain menerima nya sebagai kemalangan, ia juga boleh dijadikan iktibar untuk pihak berkuasa dan syarikat bas terbabit kemalangan untuk melihat kembali berkenaan “Do’s and dont “ nya dalam amalan harian industri bas.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Azharuddin Mat Sah ketika ditemui untuk di wawancara oleh sebuah akhbar tempatan  di pejabatnya baru-baru ini ada memberitahu berkenaan tindakan dan penambahbaikan  yang telah dibuat.



Mohd Azharuddin berkata semua agensi penguat kuasa telah mengambil iktibar susulan tragedi di Genting Highlands pada 2013 itu dan tiga cadangan untuk operasi bas di kawasan tinggi te­lah dikuatkuasakan pada hujung tahun tersebut.



Antara tiga cadangan yang telah di ambil ada lah
  1. “Pengusaha bas kawasan tinggi kini tidak boleh lagi menggunakan bas dua tingkat.
  2. Bas bas perlu menyediakan tali pinggang keledar
  3. dan penumpang tidak dibenarkan berdiri dalam bas.

Selain itu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)  telah melaksanakan sistem pengesan global (GPS) kepada semua bas ekspres.

Semua bas baru diwajibkan memakai tali pinggang dan sistem mengehadkan kelajuan malah sedang menimbang pemasangan kamera keselamatan dalam bas,” kata Mohd Azharuddin.

Untuk kes kemalangan bas ekspres di Pagoh pula, Mohd Azharuddin memaklumkan SPAD dan agensi penguat kuasa lain kini sedang menunggu siasatan Miros selesai dan akan menilai cadangan-cadangan baharu untuk tindakan segera kelak.



Mohd. Azharuddin menjelaskan hal ini berkaitan bas bukan ha­nya bertumpu kepada keselamatan penumpang dan penguatkuasaan, malah perlu mengambil kira kelangsungan industri pengusaha bas dan antaranya isu kekura­ngan pemandu khususnya di Johor dan Lembah Klang, kos operasi serta harga tiket.

Seperti yang pernah di sebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hajah Nancy Shukri , sama juga lah pendapat Mohd Azharuddin dimana masalah kekurangan pemandu boleh menyebabkan pengusaha melonggarkan tapisan pekerja baharu di samping menutup sebelah mata tentang pelanggaran peraturan seperti berhenti rehat setiap empat jam, tidak boleh memandu melebihi lapan am dan tidak me­lebihi kelajuan 90 kilometer sejam.

“Masalahnya, agensi penguat kuasa tidak mampu memantau setiap bas sepanjang masa dan mengharapkan pengusaha sendiri memantau pemandu mereka serta merekodkan pemeriksaan keselamatan secara berkala” kata Azharuddin.

“SPAD pula akan melaksanakan pemeriksaan mengejut bagi memastikan pengusaha sentiasa menyimpan rekod kelajuan GPS serta pemeriksaan tahap ke­selamatan bas dan pemandu bagi setiap perjalanan. Jika berlaku kemalangan, mereka perlu jawab dan berdepan risiko lesen digantung,” jelasnya.

Walaupun masih banyak aduan tentang bas dipandu laju di lebuh raya, Mohd. Azharuddin berkata, terdapat penambahbaikan hasil rekod data yang dikumpul yang kemudiannya dibuat perbandingan dari setahun ke setahun khusus­nya melibatkan jumlah kemalangan.

Beliau berkata, berdasarkan rekod data itu, jumlah kemalangan bas ekspres telah berkurangan hasil tindakan bersepadu polis, JPJ, AADK dan SPAD melalui operasi bersama yang sentiasa dipertingkatkan (253 operasi pada 2015 kepada 439 operasi tahun lalu) dari semasa ke semasa.

“Ambil sahaja contoh musim sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini. Pada musim sama tahun lalu kami menerima 70 adu­an penumpang bas tetapi pada tahun ini cuma 41 aduan. Tahun ini juga hanya ada satu kes kemalangan tetapi tidak serius. Dalam kemalangan itu pemandu bas sahaja alami cedera ringan. Kami juga merekodkan 127 kesalahan sahaja tahun ini berbanding 248 tahun lalu dan 233 pada 2015,” katanya.

Kepada satu soalan lain , beliau berkata, kajian Miros antara 2007 hingga 2014 menunjukkan bahawa 66 peratus kemalangan yang melibatkan bas dan lori berpunca daripada faktor manusia.

Mohd. Azharuddin turut memaklumkan SPAD akan meluaskan lagi applikasi pintar nya “MeterOn” kepada umum bagi membolehkan mereka membuat aduan jika pemandu bas berkenaan melanggar peraturan jalan raya.

Aplikasi ini sebelum ini hanya digunakan oleh orang awam untuk membuat aduan terhadap pemandu teksi.

“MeterOn yang boleh dimuat turun secara percuma pengguna telefon pintar jenis Android atau iPhone mampu menyampaikan aduan orang ramai serta-merta kepada kami dan ini akan memudahkan SPAD mengambil tindakan terhadap pemandu dan pengusaha bas yang melanggar peraturan” ujar Mohd Azharuddin.

“MeterOn sudah boleh digunakan sepenuhnya untuk aduan terhadap teksi dan saya jangka orang ramai boleh mula menggunakan aplikasi ini bagi membuat aduan terhadap perkhidmatan bas selewat-lewatnya penghujung tahun ini,” ulas nya lagi

Mohd Azharuddin turut memberitahu satu makmal khas bagi membincang isu-isu berkaitan industri bas di negara ini akan diadakan bermula 20 Februari ini selama enam minggu dan satu cadangan penuh akan dikemukakan kepada kerajaan pada pertengahan tahun ini.

“Kami akan tumpukan tentang kerjasama dan perkongsian data antara semua agensi bagi menyela­raskan penguatkuasaan di samping penekanan asas keselamatan yang perlu dilaksanakan oleh setiap pe­ngusaha bas,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment