Wednesday, 22 March 2017

Pemandu Bas Taiko Sudah Kena Ngap Dengan SPAD Untuk SoalSiasat Sebelum Tindakan




Baru baru ini heboh di mana netizen menyebarkan dan memviralkan video seorang pemandu bas sebuah syarikat ternama Darul Naim Express yang telah memandu secara merbahaya tanpa memperdulikan nasib penumpang di dalam nya.


Walaupun video itu mencecah hampir setengah juta share namun perkara paling penting tidak di lakukan ia itu menghantar kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.






Video sikap pemandu bas itu boleh di selesai dalam sekelip mata tanpa jutaan share pun jika hanya menalipon pihak SPAD.


Namun tabiat suka menyebarkan dan memviral kan kepada orang ramai lebih utama di lakukan.


Kiraan kami video itu telah di share sebanyak 4000+ dan mendapat 1000+ komen tetapi apa lah guna ramai yang masuk campur tanpa perkara paling penting di buat ia itu talipon dengan segera kepada SPAD dan pemandu itu pasti akan di tahan dalam masa beberapa minit sahaja.


Apa pun SPAD telah mengambil tindakan pemandu bas itu dan siasatan sedang dijalan kan.


Berikut kenyataan SPAD berkenaan kes di atas.






KENYATAAN MEDIA SPAD

SPAD SEDANG MENJALANKAN SIASATAN TERHADAP INSIDEN PEMANDU BAS EKSPRES SECARA BERBAHAYA

KUALA LUMPUR, 22 MAC 2017 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan siasatan berikutan video yang dihebahkan melibatkan bas Darul Naim Express Sdn. Bhd. yang dipandu secara berbahaya di Lebuhraya Karak pada Ahad, 19 Mac 2017. Pihak Suruhanjaya sedang menyiasat kes tersebut di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010).

Berikutan insiden tersebut, SPAD telah mengambil langkah-langkah berikut:

Pasukan Penguatkuasa SPAD telah mengesan pemandu tersebut, merakam kenyataan pemandu bas itu dan menggantung permit kenderaan tersebut bagi membantu siasatan

SPAD telah merakam kenyataan yang dibuat oleh pengendali bas Darul Naim Express pada 21 Mac 2017

Berdasarkan hasil siasatan, SPAD akan mengambil tindakan di bawah APAD 2010 ke atas pihak-pihak yang didapati melanggar undang-undang.

SPAD akan bekerjasama dengan JPJ bagi memastikan langkah yang sewajarnya diambil terhadap pemandu bas yang telah membahayakan penumpang dan pengguna jalan raya lain.

-Tamat-

Bagi sebarang pertanyaan media:
Bahagian Komunikasi,
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Tel: +603 2726 7000/Faks: +603 2726 7007

No comments:

Post a Comment