Wednesday, 8 March 2017

Perdana Menteri Bidas Pengkritik Dakwa Projek ECRL Jual Kedaulatan

Pada Majlis Pemeriksaan Awam Projek ECRL yang diadakan di Platinum Sentral, di ibu pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pagi tadi yang juga telah  dianjurkan oleh SPAD sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempat membidas para pengkritik projek ECRL.





Kritikan mereka yang lebih berbau penghasutan sebenar nya buta pada kehendak semasa  masyarakat dan perubahan terhadap sosio ekonomi negara.




Mereka lupa kepada pembahagian kemajuan yang selama ini tertumpu kepada southern hub kini juga perlu di ujud kan kepada Eastern hub pula.



Ini nama nya keseimbangan kemajuan negara.


Mereka juga lupa bahawa sebagai Perdana Menteri Datuk Seri Najib sedang berusaha keras memajukan Sabah dan Sarawak dengan projek Pan Borneo nya.


Kekayaan negara harus di perbahagi bahagi kan melalui projek sebegini.
"Sesetengah pihak mengkritik usaha ini, mengatakan bahawa kita menjual kedaulatan negara. Saya pasti semua orang memahami bahawa projek ini tidak ada kena mengena dengan kedaulatan negara. Projek ini adalah untuk Rakyat, untuk keselesaan mereka dan juga untuk kepentingan negara. Sama seperti bagaimana kita membentuk kerjasama dengan China dan Arab Saudi. Ia adalah untuk kebaikan negara." kata Datuk Seri Najib Razak.


Apakah projek yang manfaat kan rakyat itu sesuatu yang menjual kedaulatan negara?


Bukan kah rakyat berhak menerima kemajuan setara , di mana selama ini kawasan barat semenanjung mendapat faedah pengangkutan rel yang hebat seperti ETS tetapi kawasan timur tidak berhak?


Maka nyata sekali pengkritik tidak berniat baik dan tidak peka kepada kehendak masa dan suasana.

Bersama ini kami lampirkan gambar sekitar majlis yang di hadhiri oleh DS Najib seperti di bawah ini.


No comments:

Post a Comment