Monday, 13 March 2017

Presiden MCA Tiong Lai Jadi Kolumnis Di Akhbar The Star.



Mungkin memandang kan sangat mustahil untuk beliau memberi segala jawapan yang di tuju kepada beliau oleh wartawan secara lengkap dan panjang lebar maka Presiden MCA , merangkap Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memilih untuk berinteraksi kepada rakyat dengan menjadi kolumnis jemputan di akhbar The Star.


Ruang pendapat Datuk Seri Liow yang dijangka akan di siarkan seminggu sekali oleh  akbar The Star boleh dijadi kan landasan atau pun media penyampai bagi pihak kementerian, parti atau diri sendiri.


Ruang atau pun kolum yang di khususkan oleh akhbar the Star untuk Datuk Seri Liow ini di beri nama "Walking On The Edge" .


Pada siri pertama tulisan dan pendapat Datuk Seri Liow yang di siarkan pada hari Jumaat, 10 Mac di bawah judul " The Star of a New Journey" boleh di lihat bagaimana Datuk Seri Liow menjelaskan bagaimana beliau akan menjadikan kolum khusus untuk idea dan pendapat nya untuk kefahaman umum (awam) berkenaan sistem transportasi dan cabaran berkenaan nya dan cara bagaimana kerajaan akan cuba menyelesaikan masalah berkaitan nya.


Selain itu , DSLTL juga berpendapat telah menjadi tanggungjawap nya sebagai wakil yang di pilih oleh rakyat  untuk menerangkan dasar dasar kerajaan walaupun terdapat ramai juga yang tidak bersetuju.


Terkadang, jelas Liow ada perkara yang tidak boleh di sampaikan kepada rakyat atas sebab masa dan ruang yang terhad.


Maka dengan ujud nya ruang ini , maka rakyat boleh menyampaikan pendapat, persoal kan polisi kerajaan berkenaan pengangkutan awam atau yang berkaitan nya terus kepada orang yang menguruskan hal itu ia itu Datuk Seri Liow Sendiri.


Selain itu ruang yang sama ini akan dijadikan juga untuk menyampaikan dasar dasar serta keputusan yang dibuat oleh parti yang beliau pimpin ia itu MCA.


Orang ramai boleh lihat pada tajuk awal kolum ini yang bertajuk 'The Start of a new Journey" di mana terdapat banyak penjelasan berkenaan sistem pengangkutan awam seperti MRT, LRT serta HSR


Selain itu sejarah awal serta ringkas juga boleh dibaca pada posting dan entri terawal Walking on The Edge.


Untuk beriteraksi serta berhubung terus dengan Datuk Liow alamat email juga diberi ia itu tionglai@mot.gov.my.


Jangan lepaskan peluang untuk menambah pengetahuan dari sumber rasmi dan sahih, ia lebih selamat dari mendapati kisah khabar angin serta fitnah di alam maya.







No comments:

Post a Comment