Wednesday, 22 March 2017

Selepas Tan Sri Annuar , Datuk Seri Idris Jusoh Pula Sedia Temu Dong Zhong Untuk Berbincang


Nampak nya isu Unified Examination Certificate @ UEC masuk ke fasa seterus nya dengan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh pula mahu mengadakan perbincangan dengan pihak jawatankuasa Dong Zhong.
Maksud kami berkenaan kata “fasa seterus nya” ada lah atas sebab ketika saranan perbincangan yang hendak di laksana kan oleh Tan Sri Annuar Musa telah mendapat reaksi “negatif” dari banyak pihak.
Tan Sri Annuar telah di kritik hebat oleh banyak pihak terutama nya dari pihak Barisan Nasional sendiri dan kalangan NGO tertentu.

Selain dari di kritik , pihak pihak tersebut juga mengandaikan Tan Sri Annuar “menyibuk” kerana ia konon nya bukan hal dalam kapasiti nya.
Yang mengkritik pula menyebut bahawa jika ia pun isu itu perlu di bangkit kan, MCA kata mereka lebih layak dan sesuai membawa usul itu dan bukan nya Annuar Musa
Kami juga tidak beberapa pasti sama ada kritikan dan serangan di lakukan kerana perkara “UEC” dan “Dong Zhong” itu sendiri yang di kira sensitif atau atas sebab ia di bangkit kan oleh Tan Sri Annuar Musa.
Namun menurut laporan yang di buat oleh portal terkenal dan berwibawa ia itu BNBBC , di bawah artikel mereka bertajuk “KPT sedia berbincang isu sijil UEC”.
Mereka telah melaporkan bahawa Datuk Seri Idris Jusoh sebagai kapasiti Menteri Pendidikan Tinggi sedia berbicang dengan Jawatankuasa Dong Zhong untuk mencari jalan penyelesaian isu UEC yang sensitif ini.
“KPT sedia berbincang agar sistem penilaian UEC perlu dibuat oleh Lembaga Peperikasaan Malaysia (LPM) dan bukan oleh badan penilai sendiri oleh sijil tersebut. Ia perlu selaras dengan Dasar Pendidikan Negara,” kata Idris.
Untuk maklum, negeri Sarawak telah pun memberi sokongan untuk UEC di luluskan di negeri Sarawak, melalui komitment Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dan kemudian nya oleh pengganti beliau Datuk Amar Abang Johari Openg.
Untuk bacaan lanjut mengenai laporan ini , boleh lah melayari link di bawah ini:-

No comments:

Post a Comment